Urusan alam ini semuanya dibawah kuasa Allah

مسجد الشاكرين

Oran Mata Ayer Perlis

Kuliah Maghrib pada 23 Feb 2014

Oleh

Ustaz Yaali Bin Dahaman imam 1 Masjid As-Syakirin

Pengajian Hadith

 

وعن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : “اذا أراد الله بعبده خيرا عجل له العقوبة فى الدنيا , واذا أراد الله بعبده الشر امسك عنه بذنبه حتى يوافي به يوم القيامة”.

وقال النبي صلى الله عليه وسلم “ان عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وان الله تعالى اذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضى ، ومن سخط فله السخط”. رواه الترمذي وقال وقال حد يث حسن .

Terjemahan Hadith;

Dari Anas r.a.  berkata: “Rasul Allah s.a.w. bersabda: Jika Allah menghendaki  kebaikan pada  sesaorang hambaNya, disegerakan  siksaannya  didunia, dan jika Allah menghendaki  keburukan pada sesaorang hambaNya, maka orang itu dibiarkan sahaja dengan dosanya sehingga nanti akan dibalas dengan setimpalnya dihari kiamat kelak”.

 Nabi s.a.w. bersabda  lagi riwayat Anas r.a.:  “Sesungguhnya besarnya ganjaran  pahala itu dengan sebab besarnya bala yang menimpa sesaorang, sesungguhnya apabila Allah mencintai sesuatu kaum mereka akan diberi cobaan. Oleh itu siapa yang rela menerimanya , ia akan memperolehi keridhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci dan marah dia akan memperolehi  kemurkaan dari Allah pula.” Diriwayatkan oleh Termizi dan hadith hasan.

Huraian Hadith:

Semua urusan yang berlaku diatas muka bumi ini dibawah kekuasaan dan kehendak Allah Ta`ala, firmanNya;

 

 إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ

 

   “Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya”. Hud: 107

 

 

 Dan firmanNya lagi;

 إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ

  “Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.”  Al-Haj 18, 

 

Oleh itu setiap urusan alam ini semuanya dibawah kuasa Allah.

Manusia tidak sunyi dari kesalahan, maksiat dan kekurangan semasa  menunaikan amalan  yang diwajibkan, jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesaorang hambaNya  lalu disegerakan siksa atau musibahnya didunia lagi sama ada menerusi harta, keluarga, dirinya atau sesiapa yang sentiasa berurusan dengannya.

Setiap musibah yang berlaku akan menghapuskan dosa kesalahannya, jika disegerakan musibahnya lalu diberi ganjaran  sehingga dia tidak  lagi mempunyai dosa kerana dirinya dibersihkan  dengan musibah dan bala bencana, kalau masih ada satu atau dua dosa lagi Allah mmberatkanya  ketika mati sehingga dia keluar dari dunia ini dalam keadaan bersih dari sebarang dosa, ini adalah suatu ni`mat kerana azab dunia adalah lebih ringan berbanding dengan azab akhirat.

Sebaliknya jika Allah nenghendaki hambaNya dengan kejahatan dibiarkan dengan kerja-kerja dosanya dan Allah taburkan ni`mat untuknya dan dihindarkan  sebarang kesusahan sehingga dia hidup suka gembira. Sebenarnya mereka akan bertemu dengan Allah diakhirat kelak dengan penuh keburukan dan kejahatan,  akhirnya mereka akan disiksa oleh Allah diakhirat kelak. Dengan itu jika sekiranya kamu nampak sesaorang yang hidup bergelomang dalam maksiat munkar terhadap Allah, Allah hindarkan dari mereka bala bencana sebaliknya Allah berikan ni`mat hidup dan kesenangan dunia, ketahuilah sebenarnya Allah hendakkan mereka berada dalam kejahatan dan kesesatan, kerana Allah lewatkan azabnya  ke akhirat kelak di mana mereka akan menerima siksaan Allah yang setimpal dengan amalan yang mereka lakukan  di dunia ini.

Seterusnya dalam hadith disebutkan:

“ان عظم الجزاء من عظم البلاء”

“Sesungguhnya besarnya balasan baik dari Allah adalah berdasarkan besar ujian terhadapnya”.

Bererti   basarnya ujian Allah  maka besarlah pula ganjaran  baiknya,  inilah kurniaan Allah yang Maha Pemurah PemberiaanNya.

“وان الله اذا أحب قوم ابتلاه فمن رضي فله الرضي ومن سخط فله السخط”.

“Sesungguhnya jika Allah kasih sesuatu kaum itu akan diujui,  siapa yang redha, Allah akan redza mereka dan sebaliknya siapa yang benci Allah akan murka meraka”.

Ini adalah berita gembira bagi orang yang beriman, oleh itu jika mereka diuji oleh Allah dengan musibah janganlah menyangka bahawa Allah benci kepada mereka, malah ini adalah tanda dimana Allah suka kepada hambaNya yang diuji itu,  apabila sesaoran g itu redza dan sabar serta mengharapakan ganjaran dari Allah dia akan mendapat  keredzaaNya. Oleh itu haruslah kita sabar dan redza dengan ujian yang datang dari Allah s.w.t. Wassalam.

 

Bahan Bacaan;

Mohammad bin Saleh al-`Uthaimin, Syarah Riyadz al-Salihin,Juz pertama, Dar al-Bairah, Mesir,  Hal. 148

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s