Program Kebajikan: Makanan Untuk Keluarga Si Mati

Masjid As Syakirin memulakan program kebajikan, MENYEDIAKAN MAKANAN BERMASAK KEPADA KELUARGA SI MATI, mulai hari ini (25 Jun 2014) bila ada kematian seorang anak jamaah @ kariah. Masjid akan membekalkan makanan bermasak bernilai RM100.00, kepada keluarga tersebut.

Ini adalah antara syur dari anak kariah di dalam muktamar terbaru.

Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah Bin Ja’far, beliau berkata, apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abi Thalib) Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’afar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan (menyulitkan) mereka.”

Dalam hadis diatas, Rasullulah SAW mengharapkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan keluarga si mati agar membuat makanan kepada mereka yang ditimpa musibah dan dukacita kematian. Ja’far Bin Abi Thalib r.a telah mati syahid dalam peperangan Mu’tah pada tahun kelapan hijrah. Sebaik-baik sahaja berita kematiannya sampai, Nabi SAW menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada ahlinya (keluarganya) bagi meringankan beban dukacita ahli keluarga dengan memberi makan kepada mereka.

Ja’far bin Abi Thalib termasuk golongan awal memeluk Islam, sewaktu kecil dia dalam jagaan bapa saudaranya iaitu Al-Abbas, begitu juga saudaranya Ali bin Abi Thalib berada dalam jagaan Nabi Muhammad, Ja’far bin Abi Thalib menikah dengan Asma bintu Umais.

Ja’far dan istrinya kemudian mengikuti hijrah ke Habsyah kemudian melalui dia, raja Habsyah, Najasyi iaitu Ashhamad bin Al-Abjar, memeluk Islam setelah menerima surat dari Nabi Muhammad yang dikirim melalui Amr bin Ummayyah Adh-Dhamary.

Ja’far bin Abi Thalib pulang dari Habsyah sewaktu penaklukan Khaibar dan turut menuju ke Khaibar bersama dengan Abu Musa Al-Asy’ary.

Pada tahun ke 8 Hijrah, Ja’far bin Abi Thalib ikut perang Mu’tah dan gugur syahid. Selain beliau, turut gugur ialah Zaid bin Haritsah dan Abdullah bin Rawahah. Peperangan itu merupakan peperangan pertama umat islam dengan pasukan Rom.

Di salin dari FB Abu Redza:

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s