Mengikut Imam Dalam Solat

KULIAH MAGHRIB DI MASJID ARAU PERLIS  PADA 3 JAN 2015

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman

Pengajian  Hadith: Bab Imamah (Ikut Imam Dalam Solat).

Dalam bab ini akan dibincangkan adab seorang Imam dan makmum,   perakara-prakara yang wajib da sunat dikerjakan oleh keduanya.   Berikut akan diterangkan  hubungan antara imam dan makmum:

Mengikut imam adalah suatu peraturan yang  ditentukan oleh   Allah Ta`ala,     menurusi amalan NabiNya Muhammad s.a.w., mempunyai tujuan yang tinggi nilainya, yang membina ketaatan  terhadap pemimpin dalam kerja-kerja jihad kejalan Allah yang serupa dengan peratauran yang ditentukan dikalangan tentera   dalam gerak keraja semasa  dalam peperangan yang menuntut supaya berlaku kesamaan dalam tindnakan.

trima kasih jodohsejati.net

trima kasih jodohsejati.net

Dalam solat ada peraturan bagaimana kedudukan kanak-kanak dengan orang dewasa, yang  kaya dengan miskin, yang   mulia kedudukannya  dengan orang biasa dan lain hikmat yang tersembunyi padanya.

Ini semuanya adalah bertujuan untuk kita tunduk beribadat kepada Allah Ta`ala dan tunduk merendah  diri dihadapanNya.

Sabda Nabi s.a.w.:

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن النبي صلى الله عليه وسلم قال: “أما يخشى الذي يرفع رأسه قبل الامام أن يحول الله رأسه حمار . أو يجعل الله  صورته  صورة حمار؟!”.

Ertinya: Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda: “Apakah tidak takut sesaorang  yang mengangkat kepalanya sebelum imam mengangkat kepalanya agar Allah ubahkan kepalanya menjadi kepala himar. Atau Allah ubahkan rupanya menjadi rupa himar?!”.

Makna ringkas:

Ditugaskan Imam dalam solat agar makmum mengikutnya, supaya setiap pergerakan makmum dilakukan selepas imamnya, inilah caranya untuk menyempurnakan solat berjamaah. Jika makmum bergerak lebih dahulu daripada imamnya sama ada ruku` atau sujud suatu kesalahan dimana   Baginnda s.a.w. memberi amaran keras,  perbuatan demikian   Allah akan ubahkan kepalanya menjadi kepala himar atau Allah ubahkan rupanya menjadi rupa himar. Bererti Allah akan mengubah rupanya menjadi rupa yang huduh, sebagai balasan terhadap anggota yang berbuat demikian selain dari rusak solatnya.

Perbedaan Pandangan Ulamak Mengenai Perbuatan Yang mendahului Imam:

Semua ulamak  sepakat  tentang haramnya makmum mendahului imamnya berdasarkan amaran keras   daripada Nabi s.a.w.. Namun demikian mereka berbeda pandangan  sama ada membatalkan solat atau tidak, menurut jumhur ulamak tidak membatalkan solat.

Imam Ahmad menulis dalam kitab Risalahnya: “Tidak sah solat siapa yang mendahului imanya”.

Ada pandangan dari kalangan sahabatnya yang berkata; Siapa yang mendahuli imamnya sama ada ketika ruku` atau sujud maka hendaklah dia kembali semula dengan segera untuk mengikut imam, jika tidak kembali dengan sengaja sehingga imamnya ruku` atau sujud maka batal solatnya.

Yang saheh dan benar tersebut dalam kitab al-Risalah, jika sengaja berbuat demikian batal solatnya pandangan ini sama dengan pandangan Ibnu Taimiyah r.a., kerana amaran Nabi dalam hadithnya memberi makna larangan, setiap larangan  yang dilakukan akan membawa kepada kerusakan.

Kesimpulan dari Hadith:

1 – Haram mengangkat kepala semasa susjud sebelum imam, amaran dalam hadith menandakan larangan, setiap amaran menandakan larangan atau haram, Nabi s.a.w. memberi amaran keras dengan berubah kepada himar adalah sebesar-besar iqab dari Allah.

2 –   Makmum mestilah mengikut imam dalam setiap pergerakan tidak boleh diqiyaskan dengan lain-lain amalan, pandangan imam al-Bazzar dari hadith Abu Hurairah r.a., bermakskud, “siapa yang mengangkat   kepala sebelum imam  kepalanya di kuasai oleh syaitan”.

3 –    Makmum wajib mengikut imam dalam semua pergerakan solat.

4 –  Balasan bagi siapa yang mendahului imam seperti mengangkat kepala lebih dahulu daripada imam  ialah dengan  berubah mukanya.

5 – Amaran dengan  berubah rupanya  kepada rupa  himar,  ialah untuk menggambarkan sikap bodohnya,  jika sesaorang itu mengetahui betapa buruk balasannya pasti dia tidak akan berbuat demikian,  andaikan berlaku juga tentulah  dia bersikap bodoh atau lemah akalnya.

6 –   Sesaorang yang mendahulukan imamnya dalam solat menandakan dia ingin segera keluar dari solat, sikap demikian suatu penyakit yang ubatnya ialah dengan memberi peringatan kepadanya tentang kesalahan tersebut.

7 – Amaran dengan berubah rupanya terhadap siapa yang mengangkat kepalanya sebelum imam sesuatu yang mungkin berlaku dari  Allah,  selama ini belum pernah berlaku namun bagitu boleh  diertikan bahawa berubah disini ialah berubah sikap menjadi saperti seekor himar yang bodoh.

Sekian wallah a`alam,

Bahan Bacaan:

Abdullah bin Abdul Rahman bin Saleh Ali Bassam, Taisir al-`allam, juz 1, cetakan ketujuh, dar Ulil Nuha Berut, 1994 M, 1414 H, hal. 166.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s