UJIAN ALLAH ATAS MUKA BUMI

MASJID AS-SYAKIRIN ORAN MATA AYER PERLIS

Kuliah Subuh pada 29 Dis 2014.

Oleh

Ustaz Yaali Bin Dahaman

Imam  Masjid as-Syakirin.

Kuliah Hadith: BAB UJIAN ALLAH ATAS MUKA BUMI

Ulamak telah membincangkan, antara kata mereka; Adakah Kita  akan  ditimpa azab  sedangkan bersama kita orang saleh?   ada yang menjawab; “Ya, Allah akan musnahkan suatu kaum jika banyak maksiat munkar dikalangan mereka”  Ini suatu dalil yang menyatakan bahawa, bala Allah tidak akan  terkena terhadap orang-orang yang  fasiq andainya jika banyak dikalangan mereka orang yang saleh.

Suatu bangsa yang  banyak keburukan dan kederhakaan kapada Allah, sedangkan  kurang dikalangan mereka orang  yang saleh, Allah akan turunkan bala dan terkena kepada orang yang saleh dan orang yang  mengerjakan  maksiat, sekirangnya  orang saleh tidak mengajak mereka untuk mengerjakan amal ma`aruf dan tidak merasa benci terhadap  orang yang  mengerjakan maksiat, seperti firman Allah:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) yang bukan sahaja akan menimpa orang-orany yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNy”. Al-Anfal;25,

GAMBAR HIASAN

GAMBAR HIASAN

Ketika itu azab akan terkena terhadap siapa yang melakukan kejahatan dan siapa yang meredzakannya,  kaum ini dibinasakan kerana   kejahatan mereka,    dan yang lain dibinasakan juga kerana   meredzainya.    Seterusnya akan diterangkan secara lebih terperinci:

Firman Allah:

وَلا تَكْسِبُ كُلُّ نَفْسٍ إِلا عَلَيْهَا وَلا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَى

Maksudnya:  “Dan tiadalah (kejahatan) Yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja Yang menanggung dosanya; dan seseorang   tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja)”.  al-Anfal: 164.

Firman Allah Ta`ala lagi:

كُلُّ نَفْسٍ بِمَا كَسَبَتْ رَهِينَةٌ

Maksudnya:  “Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) Yang dikerjakannya”, al-Muddathir: 38.

Dalam surah yang lain Allah juga berfirman:

لا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلا وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Maksudnya:  “Allah tidak memberati seseorang melainkan apa Yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan Yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan Yang diusahakannya”.  Al-Baqarah 286.

Dalam ayat-ayat diatas menyatakan bahawa sesaorang itu tidak akan menanggung dosa orang lain, siksaan Allah akan dikenakan kepada orang yang mengerjakan dosa atau kesalaan.

Bila kita baca ayat lain Firman Allah:

وَاتَّقُوا فِتْنَةً لا تُصِيبَنَّ الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْكُمْ خَاصَّةً وَاعْلَمُوا أَنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ

Maksudnya: “Dan jagalah diri kamu daripada (berlakunya) dosa (yang membawa bala bencana) Yang bukan sahaja akan menimpa orang-orang Yang zalim di antara kamu secara khusus (tetapi akan menimpa kamu secara umum). dan ketahuilah Bahawa Allah Maha berat azab seksaNya”. Al-Anfal:25.

Menurut  bacaan Zaid bin Thabit, Ali, Ubai dan Ibnu Mas`ud iaitu   لتصيبن  (akan terkena). Difahamkan dari ayat yang dibacakan tanpa (lam) memberi makna bahawa azab akan menimpa terhadap orang yang melakukan kejahatan sahaja.

Bagi menjawab perbedaannya:

Jika berlaku munkar secara berleluasa di tengah masyarakat wajib keatas siapa yang melihatnya supaya mengubah atau melarangnya samada ada dengan tangan  (kuasanya) jika  tidak mampu dengan tangan ubahlah dengan lidah, sekiranya tidak mampu juga cegahlah dengan hatinya, sekiranya dia telah mencegah dengan hatinya maka sesungguhnya dia telah menunaikan kewajipan atas dirinya setelah tidak mampu dengan cara yang lain.

Pandangan ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri katanya;

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول: من رأى منكم منكرا فليغيره بيده فان لم يستطع فبلسانه , فان لم يستطع فبقلبه ليس عليه غيره وذلك أضعف الايمان”

Ertinya: Aku dengar Rasul Alllah s.a.w. bersabda; “Siapa antara kamu yang melihat kemunkaran maka hendaklah mengubahnya dengan tangan jika tidak mampu hendaklah dengan lidahnya, jika tidak mampu juga tidak ada cara seyang  lain  yang demikian  adalah selemah-lemah iman”. Riwayat Muslim dalam sahihnya.

Sebahagian sahabat Nabi s.a.w. berkata; siapa yang melihat kemunkaran berelaku dihadapanya dan dia tidak mampu mengubahnya; hendaklah  dia berdo`a dengan katanya:

“اللهم ان هذا منكر لا ارضاه”

Ertinya: “Ya Allah jika ini suatu kemunkaran aku tidak redza ”.

Jika dia berkata demikian maka sesungguhnya dia telah menunaikan tanggungjawabnya, sebaliknya jika diam sahaja maka dia juga termasuk orang yang mengerjakan maksiat, yang mengerjakan maksiat berdosa dengan kerjanya dan orang yang diam bererti dia redza dengan maksiat tersebut.

Allah Ta`ala telah menentukan hukum ada huikmatnya iaitu orang yang redza dengan kejahatan itu adalah sama dengan orang yang mengerjakannya, sama menerima akibat buruk dari Allah. Dalilnya Firman Allah Ta’ ala

وَقَدْ نَزَّلَ عَلَيْكُمْ فِي الْكِتَابِ أَنْ إِذَا سَمِعْتُمْ آيَاتِ اللَّهِ يُكْفَرُ بِهَا وَيُسْتَهْزَأُ بِهَا فَلا تَقْعُدُوا مَعَهُمْ حَتَّى يَخُوضُوا فِي حَدِيثٍ غَيْرِهِ إِنَّكُمْ إِذًا مِثْلُهُمْ إِنَّ اللَّهَ جَامِعُ الْمُنَافِقِينَ وَالْكَافِرِينَ فِي جَهَنَّمَ جَمِيعًا

Maksudnya:  “Dan sesungguhnya Allah telah pun menurunkan kepada kamu (perintahNya) di dalam Kitab (Al-Quran), iaitu: apabila kamu mendengar ayat-ayat keterangan Allah diingkari dan diejek-ejek (oleh kaum kafir dan munafik), maka janganlah kamu duduk (bergaul) dengan mereka sehingga mereka masuk kepada memperkatakan soal yang lain; kerana sesungguhnya (jika kamu melakukan yang demikian), tentulah kamu sama seperti mereka. Sesungguhnya Allah akan menghimpunkan sekalian orang manufik dan orang kafir di dalam neraka jahannam”. Al-Nisa` : 140

Sekiranya orang yang saleh merasa benci dan marah terhadap kerja-kerja orang-orang fasiq, dan benar-benar benci kerana Allah serta mereka ingin membersihkan diri sekadar kemampuannya, mereka   akan selamat dari kemurkaan Allah, Firman Allah:

فَلَوْلا كَانَ مِنَ الْقُرُونِ مِنْ قَبْلِكُمْ أُولُو بَقِيَّةٍ يَنْهَوْنَ عَنِ الْفَسَادِ فِي الأرْضِ إِلا قَلِيلا مِمَّنْ أَنْجَيْنَا مِنْهُمْ وَاتَّبَعَ الَّذِينَ ظَلَمُوا مَا أُتْرِفُوا فِيهِ وَكَانُوا مُجْرِمِينَ

Maksudnya: “Maka sepatutnya ada di antara umat Yang telah dibinasakan dahulu daripada kamu itu, orang-orang Yang berkelebihan akal fikiran Yang melarang kaumnya dari perbuatan-perbuatan jahat di muka bumi tetapi sayang! tidak ada Yang melarang melainkan sedikit sahaja, Iaitu orang-orang Yang Kami telah selamatkan di antara mereka. dan orang-orang Yang tidak melarang itu telah menitik beratkan Segala kemewahan Yang diberikan kepada mereka dan menjadilah mereka orang-orang Yang berdosa”. Hud :116.

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ أَنْجَيْنَا الَّذِينَ يَنْهَوْنَ عَنِ السُّوءِ وَأَخَذْنَا الَّذِينَ ظَلَمُوا بِعَذَابٍ بَئِيسٍ بِمَا كَانُوا يَفْسُقُونَ

Maksudnya: “Maka ketika mereka melupakan (tidak menghiraukan) apa Yang telah diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang Yang melarang daripada perbuatan jahat itu, dan Kami timpakan orang-orang Yang zalim Dengan azab seksa Yang amat berat, disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka)”. Al-`Araf: 165.

Sekian wassalam.

Bahan Bacaan:

القرطبي، التذكرة باحوال الموتى وأمور الأخرة ، دار السلام ، الطبعة الثانية ، 1429 هر 2008 م ، هلامن . 502

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s