Doa Di Malam Al Qadar

Tazkirah malam ke24 Ramadan:

doa-lailatul-qadar

1. Tuan Imam mengingatkan doa yang dibaca pada malam al Qadar. Terdapat riwayat dari Aisyah,   radhiallahu ‘anha, beliau bertanya kepada Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam:

Wahai Rasulullah, jika aku menjumpai satu malam merupakan lailatul qadar, apa yang harus aku ucapkan di malam itu?

Beliau s.a.w menjawab: Ucapkanlah:

اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Dzat Yang Maha Pemaaf dan Pemurah maka maafkanlah diriku.

2. Ayat yang dibaca tadi adalah kisah banjir besar zaman nabi Nuh.

QS 23:23-30

Dan demi sesungguhnya, Kami telah mengutuskan Nabi Nuh kepada kaumnya lalu berkatalah ia: “Wahai kaumku, sembahlah kamu akan Allah (sebenarnya) tidak ada Tuhan bagi kamu selain daripadaNya. Oleh itu, tidakkah kamu mahu bertaqwa kepadaNya?”.

Maka ketua-ketua yang kafir dari kaumnya berkata (sesama sendiri)): “Orang ini hanyalah seorang manusia seperti kamu, ia bertujuan hendak melebihkan dirinya daripada kamu. Dan kalaulah Allah berkehendak (mengutuskan seorang Rasul) tentulah Ia menurunkan malaikat menjadi RasulNya. Kami tidak pernah mendengar seruan seperti ini dalam kalangan datuk nenek kami yang telah lalu.

“Ia tidak lain hanyalah seorang lelaki yang mengidap penyakit gila. Oleh itu tunggulah akan perubahan keadaannya hingga ke suatu masa”.

Nabi Nuh berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhanku tolonglah daku, kerana mereka mendustakan seruanku”.

Lalu Kami wahyukan kepadanya: “Buatlah bahtera dengan pengawasan serta kawalan Kami, dan dengan panduan wahyu Kami (tentang cara membuatnya); kemudian apabila datang hukum Kami untuk membinasakan mereka, dan air memancut-mancut dari muka bumi (yang menandakan kedatangan taufan), maka masukkanlah ke dalam bahtera itu dua dari tiap-tiap jenis haiwan (jantan dan betina), dan bawalah ahlimu (dan pengikut-pengikutmu) kecuali orang yang telah ditetapkan hukuman azab atasnya di antara mereka (disebabkan kekufurannya); dan janganlah engkau merayu kepadaku untuk menolong kaum yang zalim itu, kerana sesungguhnya mereka akan ditenggelamkan dengan taufan sehingga mati lemas.

“Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim ‘.

“Dan berdoalah dengan berkata: ` Wahai Tuhanku, turunkanlah daku di tempat turun yang berkat, dan Engkau adalah sebaik-baik Pemberi tempat ‘ ”

Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (yang mendatangkan iktibar); dan sesungguhnya Kami tetap menguji (hamba-hamba Kami).

Advertisements

Tazkirah Malam ke 23 Ramadan: Siapa Mewarisi Syurga Firdaus?

image

Tazkirah malam ke 23:

1. Tuan imam menghuraikan ayat dari Surah al Mukminun ayat 1 – 11, yang akan di baca sebentar lagi di dalam rakaat ke 5 dan 6.

Siapa Pewaris Syurga Firdaus?

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman.

Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya.

Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia.

Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya

(dengan menunaikan zakat harta itu).

Dan mereka yang menjaga kehormatannya.

Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya

maka sesungguhnya mereka tidak tercela.

Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian,

maka merekalah orang-orang yang melampaui batas.

Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya.

Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya.

Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi.

Yang akan mewarisi Syurga Firdaus;

mereka kekal di dalamnya.

QS.Al Muminun  23:1-11

2.  Ulama mengatakan Malam al Qadar akan terjadi di malam2 yang ganjil, ia itu malam 21, 23, 25, 27 dan 29. Malam ini adalah malam ke 23 Ramadan. Antara pengisian yg boleh di buat ialah sembayang sunat Tasbih.

Terdapat hadithhadith yang menggesa supaya beramal pada setiap hari, jika tidak melakukannya hendaklah dilakukan seminggu sekali, jika tidak dapat dilakukan seminggu sekali hendaklah dilakukan sebulan sekali, jika tidak dapat dilakukan sebulan sekali, hendaklah dilakukan setahun sekali, jika tidak dapat melakukan setahun sekali hendaklah dilakukan sekali seumur hidup.

Jumlah bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah 75 kali. Jumlah dalam empat rakaat ialah 300 kali.

Setelah membaca doa Iftitah maka bacalah al-Fatihah kemudian bacalah surah-surah yang difikirkan sesuai. Sebelum rukuk bacalah tasbih sebanyak 15 kali. Rukuk, selepas bacaan rukuk bacalah tasbih sebanyak 10 kali. I’tidal, selepas bacaan i’tidal bacalah sebanyak 10 kali. Sujud, selepas bacaan sujud bacalah tasbih sebanyak 10 kali. Duduk di antara dua sujud, selepas membaca doanya bacalah tasbih sebanyak 10 kali. viii. Sujud kedua, selepas bacaannya bacalah tasbih sebanyak 10 kali.
Sebelum berdiri hendaklah duduk istirehat dan bacalah tasbih sebanyak 10 kali, begitu juga selepas tahiyyat akhir sebelum salam. (Tasbih sebanyak 10 kali selepas tahiyyat awal sekiranya sembahyang itu dilakukan pada waktu siang hari.)

image

.

As Syakirin: Malam 21 Ramadan

image

Tazkirah ringkas malam ini bagi mengisi ruang rehat selepas 4 rakaat tarawikh:

1.  Jangan lupa niat iktikaf jika belum. Jika masuk sahaja di dalam masjid,  niatlah beriktikaf walaupun sejadar duduk tanpa membaca al Quran dan sebagainya.

2. Apabila masuk ke masjid,  tunaikanlah sunat tahiyatul masjid. Di akhirat,  masjid ini akan menjadi saksi bahawa kita pernah beribadah di dalamnya.

3.  Perlu di ingat, anak yatim, bukan asnaf bagi zakat, merujuk kepada ayat ini:

QS 9:60

Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.

Bagaimanapun anak yatim mempunyai keistimewaan bagi siapa yg menjaganya. Anak yatim bukan masalah kehilangan harta, sebaliknya kehilangan kasih sayang.

Penjaga anak yatim perlu menjaga amanah dengan sebaiknya apabila ia menguruskan harta anak yatim. Adalah haram memakan arta mereka.

QS: 18:82
“Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada “harta terpendam” kepuyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya”.

4. Pada malam ini selepas witir, masjid as Syakirin akan menyerah sumbangan ramadan kepada Anak Yatim, fakir miskin, ibu tunggal dan OKU.

Tuan Haji Hashim Bin Osman: Jasmu Kami Kenang

20140717_220648[1]

 

Tuan Imam, Ustaz  Ya Ali Dahaman, semasa memberi tazkirah ringkas selepas empat rakaat pertama sembahyang Tarawikh tadi, menarik perhatian anak kariah terhadap peribadi seorang Siak @ muazim yang mulai bersara pada  Januari 2014. Beliau ialah Tuan Haji Hashim bin Osman, 84 tahun. Beliau mulai bertugas sebagai Siak pada tahun 1997.

20140717_214046[1]

20140717_213832[1]

20140717_213824[1]

Tuan Haji Hashim, jasamu tetap kami kenang. Beliau adalah seorang Siak yang juga seorang Muazim. Beliau kerap kali mengalunkan azan pertama sebelum Subuh. Beliau juga kerap mengalunkan azan Magrib di bulan Ramadan.

Semuga Allah memberkati hidupnya.