Pemindahan Kubur Masjid As Syakirin

Projek Landasan Keretapi Berkembar Ipoh – Padang Besar telah melibatkan pembinaan lintasan keretapi Jalan Mata Ayer . Cadangan pembinaan lintasan ini pula telah mengakibatkan pengambilan tanah di bahagian hadapan halaman masjid dan sebahagian tanah perkuburan.

gali kubur

Kubur-kubur yang terlibat dianggarkan berusia lebih 80 tahun.

Pemindahan kubur ini telah di buat pada  18 – 21 Jun 2009 . Jumlah kubur yang terlibat ialah sebanyak 48 buah.  Kubur digali dan jenazah dikapankan semula dan dipindahkan ke Perkuburan Tok Pilus 400 meter dari masjid As Syakirin. Semoga Allah menempatkan roh-roh mereka bersama para solehin.

Tambahan maklumat :

Pada 27 Jun 2009 sebanyak 3 buah kubur lagi di pindahkan. Tiga kubur ini lewat dipindahkan kerana ketiga-tiga kubur ini tidak mempunyai batu nisan, bagaimana pun ramai anak jamaah berpendapat ada kubur di situ berpandukan ruang kosong di antara batu nisan yang telah digali.  Apabila digali didapati memangpun ada jenazah di situ.

Jumlah semua kubur yang di gali adalah sebanyak 51 buah. 

Perkuburan Tok Pilus

Perkuburan Tok Pilus