Urusan alam ini semuanya dibawah kuasa Allah

مسجد الشاكرين

Oran Mata Ayer Perlis

Kuliah Maghrib pada 23 Feb 2014

Oleh

Ustaz Yaali Bin Dahaman imam 1 Masjid As-Syakirin

Pengajian Hadith

 

وعن أنس رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : “اذا أراد الله بعبده خيرا عجل له العقوبة فى الدنيا , واذا أراد الله بعبده الشر امسك عنه بذنبه حتى يوافي به يوم القيامة”.

وقال النبي صلى الله عليه وسلم “ان عظم الجزاء مع عظم البلاء ، وان الله تعالى اذا أحب قوما ابتلاهم ، فمن رضي فله الرضى ، ومن سخط فله السخط”. رواه الترمذي وقال وقال حد يث حسن .

Terjemahan Hadith;

Dari Anas r.a.  berkata: “Rasul Allah s.a.w. bersabda: Jika Allah menghendaki  kebaikan pada  sesaorang hambaNya, disegerakan  siksaannya  didunia, dan jika Allah menghendaki  keburukan pada sesaorang hambaNya, maka orang itu dibiarkan sahaja dengan dosanya sehingga nanti akan dibalas dengan setimpalnya dihari kiamat kelak”.

 Nabi s.a.w. bersabda  lagi riwayat Anas r.a.:  “Sesungguhnya besarnya ganjaran  pahala itu dengan sebab besarnya bala yang menimpa sesaorang, sesungguhnya apabila Allah mencintai sesuatu kaum mereka akan diberi cobaan. Oleh itu siapa yang rela menerimanya , ia akan memperolehi keridhaan dari Allah dan barangsiapa yang benci dan marah dia akan memperolehi  kemurkaan dari Allah pula.” Diriwayatkan oleh Termizi dan hadith hasan.

Huraian Hadith:

Semua urusan yang berlaku diatas muka bumi ini dibawah kekuasaan dan kehendak Allah Ta`ala, firmanNya;

 

 إِنَّ رَبَّكَ فَعَّالٌ لِمَا يُرِيدُ

 

   “Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya”. Hud: 107

 

 

 Dan firmanNya lagi;

 إِنَّ اللَّهَ يَفْعَلُ مَا يَشَاءُ

  “Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya.”  Al-Haj 18, 

 

Oleh itu setiap urusan alam ini semuanya dibawah kuasa Allah.

Manusia tidak sunyi dari kesalahan, maksiat dan kekurangan semasa  menunaikan amalan  yang diwajibkan, jika Allah menghendaki kebaikan bagi sesaorang hambaNya  lalu disegerakan siksa atau musibahnya didunia lagi sama ada menerusi harta, keluarga, dirinya atau sesiapa yang sentiasa berurusan dengannya.

Setiap musibah yang berlaku akan menghapuskan dosa kesalahannya, jika disegerakan musibahnya lalu diberi ganjaran  sehingga dia tidak  lagi mempunyai dosa kerana dirinya dibersihkan  dengan musibah dan bala bencana, kalau masih ada satu atau dua dosa lagi Allah mmberatkanya  ketika mati sehingga dia keluar dari dunia ini dalam keadaan bersih dari sebarang dosa, ini adalah suatu ni`mat kerana azab dunia adalah lebih ringan berbanding dengan azab akhirat.

Sebaliknya jika Allah nenghendaki hambaNya dengan kejahatan dibiarkan dengan kerja-kerja dosanya dan Allah taburkan ni`mat untuknya dan dihindarkan  sebarang kesusahan sehingga dia hidup suka gembira. Sebenarnya mereka akan bertemu dengan Allah diakhirat kelak dengan penuh keburukan dan kejahatan,  akhirnya mereka akan disiksa oleh Allah diakhirat kelak. Dengan itu jika sekiranya kamu nampak sesaorang yang hidup bergelomang dalam maksiat munkar terhadap Allah, Allah hindarkan dari mereka bala bencana sebaliknya Allah berikan ni`mat hidup dan kesenangan dunia, ketahuilah sebenarnya Allah hendakkan mereka berada dalam kejahatan dan kesesatan, kerana Allah lewatkan azabnya  ke akhirat kelak di mana mereka akan menerima siksaan Allah yang setimpal dengan amalan yang mereka lakukan  di dunia ini.

Seterusnya dalam hadith disebutkan:

“ان عظم الجزاء من عظم البلاء”

“Sesungguhnya besarnya balasan baik dari Allah adalah berdasarkan besar ujian terhadapnya”.

Bererti   basarnya ujian Allah  maka besarlah pula ganjaran  baiknya,  inilah kurniaan Allah yang Maha Pemurah PemberiaanNya.

“وان الله اذا أحب قوم ابتلاه فمن رضي فله الرضي ومن سخط فله السخط”.

“Sesungguhnya jika Allah kasih sesuatu kaum itu akan diujui,  siapa yang redha, Allah akan redza mereka dan sebaliknya siapa yang benci Allah akan murka meraka”.

Ini adalah berita gembira bagi orang yang beriman, oleh itu jika mereka diuji oleh Allah dengan musibah janganlah menyangka bahawa Allah benci kepada mereka, malah ini adalah tanda dimana Allah suka kepada hambaNya yang diuji itu,  apabila sesaoran g itu redza dan sabar serta mengharapakan ganjaran dari Allah dia akan mendapat  keredzaaNya. Oleh itu haruslah kita sabar dan redza dengan ujian yang datang dari Allah s.w.t. Wassalam.

 

Bahan Bacaan;

Mohammad bin Saleh al-`Uthaimin, Syarah Riyadz al-Salihin,Juz pertama, Dar al-Bairah, Mesir,  Hal. 148

Sabar yang terpuji itu ialah ketika mula-mula ditimpa musibah

KULIAH MAGHRIB DI MASJID AL-SYAKIRIN, ORAN, MATA AYER, PERLIS

PADA 30 DIS 2013

OLEH

USTAZ YA ALI BIN DAHAMAN IMAM 1 MASJID AL-SYAKIRIN

Pengajian Hadith

wanita menagis dikubur

Maknanya:

Dari Anas r.a.  katanya: “Nabi s.a.w. berjalan melalui seorang wanita yang sedang menangis  diatas   kubur. Beliau bersabda: “Bertaqwalah kepada Allah dan bersabarlah! Wanita itu berkata: “Ah jauhlah daripada  aku, kerana tuan tidak terkena musibah sebagaimana yang mengenai diriku dan tuan tidak mengetahui apa musibah itu.” Wanita itu diberitahu oleh sahabat beliau., bahawa yang menegur tadi adalah Nabi  s.a.w.. Lalu dia datang kerumah Nabi s.a.w.,  tetapi dia tidak dapati dimuka pintunya penjaga pintu. Wanita itu  berkata: “Saya memang  tidak mengenali  tuan,   maafkanlah saya atas kekasaran tutur bahasa saya tadi.” Kemudian Nabi s.a.w. bersabda; “Hanya  sabar  yang  terpuji itu ialah dikala kedatangan musibah yang pertama.” Muttafaq alaih. Dalam riwayat Muslim disebut: “Wanita itu menangis kerana anak kecilnya yang meninggal dunia”.

Syarah Hadith:

Anas r.a. menceritakan bahawa suatu hari Nabi s.a.w. melalui suatu perkuburan dan melihat seorang wanita sedang menangis di kubur anak lelaki yang baru meninggal dunia, wanita itu amat menyangi anaknya sehingga tidak sabar lalu keluar  ke kubur tersebut  dan menangis atasnya, sebaik sahaja Baginda melihat wanita itu lalu Bagindda meminta supaya dia bertaqwa kepada Allah dan bersabar. Wanita tersebut  telah meminta Nabi supaya menjahinya lalu menambah tuan tidak terkena sebagaimana musibah yang terkena keatas saya. Ini menandakan suatu musibah yang amat berat  menimpa wanita tersebut. Kemudian Baginda beredar  dari situ, selepass itu wanita berkenaan diberitahu oleh rakannya, bahawa lelaki yang menegurnya   ialah Nabi s.a.w., sebaik sahaja dia  mengetahui lalu bergegas ke rumah Nabi s.a.w., dia sungguh hairan kerana di pintu rumah Nabi s.a.w. tiada seorang pun yang mengawalnya. Sebaik sahaja bertemu dengan Baginda s.a.w. lalu meminta maaf atas kata-kata yang kasar itu lantaran dia tidak mengenanali Nabi s.a.w..   Baginda berkata kepada wanita tersebut: “Sabar yang terpuji itu ialah ketika mula-mula ditimpa musibah”. Ini lah sabar yang akan diberi pahala oleh Allah s.n.t. Adapun sabar selepas terkena nmusibah tidak bernilai disisi Allah, malah sepatutnya sebaik  sahaja menerima musibah terus bersikap sabar dan menharapkan balasan baik dari Allah seraya berkata;

kita bagi allah

Sesungguhnya kita bagi Allah dan kepada Nya kita akan dikembalikan Ya Allah berilah kepada ku pahala atas musibah yang  terkena keatasku dan gantilah dengan lebih baik   daripadanya”.

Antara faedah yang dapat diambil dari hadith ini ialah:

Pertama;

Betapa cantiknya akhlak Rasul Allah s.a.w. ,  dakwahnya kejalan yang benar dan kebaikan dimana sebaik sahaja Baginda melihat wanita berkenaan menangis di atas kubur lalu menyuruhnya supaya kepada Allah dan bersabar. Walau pun wanita berkenaan telah berkata kepdanya; “Jauhkanlah dariku”. Namun begitu Baginda tidak bertindak atas dirinya kerana baginda tahu betapa dukacitanya dalam hatinya yang tidak dapat menahan sabar lalu berbuat demikian. Andaikata jika diperkatakan; Adakah   hukumnya haram keatas wanita menziarahi kubur? Pandangan kami: Ya memanglah haram wanita berbuat demikian, kerana Baginda s.a.w. melarang atau melaknat  wanita menziarahi kubur, menjadikan tempat sujud dan menyalakan api diatasnya. Tetapi wanita ini bukanlah   keluar kekubur untuk menzirah malah dilakukan atas desakan hati kecilnya yang terlampau dukacita atas kematian anaknya yang melampaui kesabarannya, sebab itulah Nabi s.a.w. tidak melarang dan bertinda sesuatu atau meminta dia pulang.

Faedah yang lain pula ialah;

Sikap dan tindakan manusia akan dimaafkan jika berlaku atas kejahilan hukum atau jahil terhadap sesuatu keadaan, contohnya ialah wanita tersebut telah berkasar dengan Baginda s.a.w. dengan meminta supaya menjauhi darinya  sebaliknya Baginda meminta supaya wanita tersebut bertaqwa dan bersabar. Sebenarnya wantia itu tidak mengenali Baginda s.a.w. sebab itulah Baginda memaafkannya.

Antara faedah yang lain;

Bagi sesaorang yang kedudukannya sentiasa diziarahi dan diperlukan oleh orang ramai tidak sewajarnya meletakkan penjagapintu sehingga menhalang orang ramai bertemu denganya,  kecualai dalam keadaan yang tertentu boleh menghalang tugas orang yang berkenaan.

Antara faedah juga ialah;

Sabar yang terpuji ialah sabar ketika mula-mula menempuh sebarang musibah.  Manusia seharusnya bersabar dan mengharap balsan baik dari Allah dengan meyakini bahawa Allah yang akan mengambil semula dan Allah jugalah yang memberi kerana setiap sesuatu disisNya dan ada ajal yang ditentukan.

Antaranya juga ialah;

Menangis di atas kubur boleh menafikan kesabarannya, dengan itu Baginda meminta supaya wanita berkenaan bertaqwa kepada Allah dan bersabar. Memang didapati ada orang kematian orang terdekat lalu berulang alik  kekuburnya dan  menangis, ini semuanya boleh menolak sikap sabarnya, malah kalau sekiranya ingin kebaikan terhadap  si mati berdoalah untuknya walaupun berada dirumah tidak berulang alik kekubur, dengan berbuat demikian seorang itu akan timbulan khayalan terhadap simati dan akhirnya dia tidak akan terlupa akan musibah tersebut, yang afdzalnya  agar lupa dan abaikannya sekadar yang mampu.

Wallah aalam.  Wassalam.

Hadis Siksa Kubur Kerana Dosa Kecil

Kuliah Maghrib Masjid Baroh Perlis pada 20 Sept 2012

Oleh Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran Perlis

Pengajian Hadith:

 

Terjemahan Hadith;

Daripada Abdullah bin Abas r.a. Katanya: Nabi S.a.w. telah melalui dua tanah perkuburan, lalu Baginda berkata; “Sesungguhnya mereka berdua sedang disiksa, mereka tidak disiksa dengan dosa besar, salah seorang darinya kerana membuang air kecil ditempat yang tiada bertutup, dan seorang lagi mengadu domba dikalangan manusia”. Maka Baginda mengambil pelepah tamar dan dibelah dua lalu ditanam setiap satu atas kedua kubur tersebut. Sahabat bertanya  Wahai Rasul Allah, kenapa tuan buat begini? Jawab Baginda; semoga diringankan azab mereka berdua selagi pelepah tamar  ini masih basah”.

Makna kalimat:

1-       ليعذبان  انهما  maksudnya ialah setiap daripada mereka berdua sedang disiksa

2-       لا يستتر من البول – tidak mengadakan sekatan ketika buang air kecil, dan pandangan lain iaitu tidak membersihkannya

3-       يمشي بالنميمة- memindahkan kata-kata seorang   kepada  saorang yang lain bertujuan untuk melagakan atau mengadu domba

4-       فأخذ جريدة- pelepah tamar tanpa daun

Ringkasannya:

Nabi S.A.W telah berjalan dengan sahabatnya lalu melintasi dua kubur, Allah Ta`ala telah memperdengarkan kepada Baginda suara  dan melihat mereka berdua sedang disiksa.

Baginda memaklumkan kepada sahabatnya, ini adalah sebagai amaran  dan menakutkan  mereka, mereka berdua sedang disiksa dengan sebab dosa   kecil yang dilakukannya.

Salah seorang daripada mereka tidak berhati-hati ketika  membuang air kecil, dan tidak menjaga kebersihan lalu terkena najis   dibadan dan pakainnya. Manakala seorang lagi berjalan dikalangan manusia dengan adu domba yang membawa permusuhan dan kebencian antara mereka, lebih-lebih lagi terhadap saudara terdekat dan sahabat handai. Kerjanya ialah memindahkan cakap seorang kepada orang yang lain sehingga lahirlah permusuhan dan putus silatur rahim.

Islam didatangi untuk memupuk mahabbah kasih saying   sesama manusia dan mengelakkan daripada perbalahan dan permusuhan, oleh kerana Baginda yang bersifat kasihan dan penyantun lalu  mengambil  pelepah tamar yang basah dibelah dua dan ditanam atas kubur keduanya. Kemudian sahabat bertanya kepada Baginda terhadap perbutan yang ganjil itu baginda menjawab : “Semoga Allah akan meringankan azab terhadap mereka   berdua selagi pelepah tamar ini masih basah”.

Perbedaan Pendapat  di kalangan Ulamak:

Mereka berselisih pandangan tentang perbuatan   menanamkan pelepah tamar atas kubur, antara mereka berpendapat  bahawa perbuatan demikian adalah digalakkan, mereka berdalilkan dengan perbuatan Nabi itu adalah suatu syariat secara umum. Mereka beralasan bahawa pelepah tamar akan bertasbih terhadap ahli kubur selagi ia masih basah, dan dengan tasbih ini juga semoga di terangi kuburnya.

Pandangan kedua bahawa perbuatan ini tidak disyariatkan, kerana setiap ibadat mestilah ada dalil yang mensyariatkannya, apa yang dilakukan oleh nabi hanya  terhadap kubur mereka berdua sahaja, demikian juga sahabatnya tidak pernah berbuat demikian, kecuali salah seorang sahabat yang bernama Buraidah bin al-Husaib telah mewasiatkan supaya berbuat demikian atas kuburnya nanti.

Mengenai tasbih, tidak dikhaskan kepada pelepah tamar yang basah sahaja, malah semua makhluk Allah akan bertasbih,  Firman Allah dalam surah al-Israk ayat 44, bermaksud; “Tidak ada sesuatu makhluq melainkan bertasbih dengan memuji Tuhannya”.

Kemudian mereka berkata; kalau sekiranya perbuatan ini diperintahkan keatas kita mesti ada  hikmat yang diterima akal  iaitu tasbih kayu yang basah,  munkin kita berkata; kemunkinan perkara tersebut berlaku kepada Nabi s.a.w. dan dua ahli kubur berkenaan sahaja dimana Allah memperlihatkan azab mereka kepada Baginda. Demikian menurut al-Qadi  `Iyadg: Baginda menanam kedua pelepah tamar  adalah   sesuatu perkara yang ghaib berdasarkan kata Baginda; Mereka sedang disiksa, cara ini dinamakan qias  yang tidak sempurna kerana kita tidak tahu sebab  atau `llahnya.

Petikan dari Hadith:

1-      Mengisbatkan azab kubur sebagaimana tersibarnya maklumat dikalangan  mazhab umat Islam,

2-      Tidak menyucikan badan dan pakaian adalan sebab sesaorang diazab dalam kubur, oleh itu wajib membersihkannya, hadith ini menyatakan sebab diazab dalam kubur kerana membuang air kecil tidak sempurna, ini dikuatkan dengan pandangan al-Hakim dan Ibnu Khuzaimah dengan katanya “ Kebanyakan sebab diazab dalam kubur kerana buang air”.

3-      Sikap Nabi yang mengasihani sahabatnya dan menhindarkan mereka dari azab Allah,

4-      Hendaklah menutup keaiban dan dosa kesalahan sesaorang muslim dimana Baginda tidak menyatakan tentang nama kedua sahabat tersebut,

5-      Kata baginda  s.aw., “mereka berdua tidak diazab dengan dosa yang besar”, sesungguhnya meninggalkan adu domba dan tidak berhat-hati dalam masa membuang iar kecil bukanlah suatu yang berat, tetapi azabya amat berat kerana dengan perbuatan demikian boleh membawa kerosakan yang besar.

Kitab bacaan:    تيسير العلام Juz. 1, Abdullah bin Abul Rahman, Dar Ulinnahyi, Berut, 1994 H. Hal:56

Hadis: Isra’ Mikraj

Dalam kuliah Magrib pada 22 Julai 2009 , penceramah jemputan Ustaz Dr Mohd. Nasir Bin Abdul Hamid telah membaca hadis mengenai Israk Mikraj nabi saw. Catitan saya tidak lengkap bagaimanapun antara intisari yang saya sempat catit adalah mengenai pembedahan dada rasullah saw dan penyucian dengan air zam-zam serta di masukan hikmah kedalamnya. Juga mengenai pemilihan susu dan arak dan nabi saw memilih susu atau hikmah. Berikut adalah antara hadis yang berkaitan. Selamat membaca .

peta mekah masjidil aqsa

Kedudukan Masjidil Aqsa Dengan Kubah Batu

Kedudukan Masjidil Aqsa Dengan Kubah Batu

Kubah Batu - Bukan Masjidil Aqsa

Kubah Batu - Bukan Masjidil Aqsa

 

Antara Hadis berkaitan dengan Isra’ Mikraj ialah

Pertama :

Maksud hadis :

Pada malam dijalankannya Rasulullah saw dari Masjidilharam datanglah kepadanya tiga orang pada saat sebelum turunnya wahyu, sedangkan Rasul pada waktu itu sedang tidur di Masjidilharam. Kemudian berkatalah orang yang pertama: “Siapakah dia ini ? Kemudian orang kedua menjawab: “Dia adalah orang yang terbaik di antara mereka (kaumnya). Setelah itu berkatalah orang ketiga : “Ambillah orang yang terbaik itu. Pada malam itu Nabi tidak mengetahui siapa mereka itu, sehingga mereka datang kepada Nabi di malam yang lain dalam keadaan matanya tidur sedangkan hatinya tidak tidur. Demikianlah para Nabi, meskipun mata mereka terpejam, namun hati mereka tidaklah tidur. Sesudah itu rombongan tadi tidaklah berbicara sedikitpun kepada Nabi sehingga saatnya mereka membawa Nabi dan meletakkannya di sekitar sumur Zam-zam. Kemudian Jibrilah di antara mereka yang menguasai diri Nabi, lalu Jibril membelah bagian tubuh, antara leher sampai ke hatinya, sehingga kosonglah dadanya. Sesudah itu Jibril mencuci hati Nabi dengan air Zamzam dengan menggunakan tangannya, sehingga bersihlah hati beliau. Kemudian Jibril membawa talam yang terdapat di dalamnya bejana dari emas yang berisi iman dan hikmah. Kemudian dituangkanlah isi bejana itu memenuhi dada beliau dan urat-urat tenggorokannya”. (H.R. Bukhari dan Anas)

Kedua :

Maksud hadis :

Bahwa Nabi saw bersabda : “Datang kepadaku seseorang (Jibril). Kemudian ia mengeluarkan hatiku. Setelah itu dibawalah kepadaku piala yang terbuat dari emas yang penuh dengan iman, lalu ia mencuci hatiku. Setelah itu menuangkan isi piala itu kepadaku. Kemudian hatiku dikembalikannya seperti sediakala.” (H.R. Bukhari dari Sa’sa’ah).

Ketiga ;

Maksudnya :

“Bahwa Rasulullah saw bersabda : “Didatangkan kepadaku Buraq, yaitu binatang putih lebih besar dari keledai yang lebih kecil dari bagal. Ia melangkahkan kakinya sejauh pandangan mata. Kemudian saya mengendarainya, lalu ia membawaku sehingga sampai di Baitulmakdis. Kemudian saya mengikatnya pada tempat para nabi mengikatkan kendaraannya. Kemudian saya salat dua rakaat di dalamnya, lalu saya keluar. Kemudian Jibril membawa kepadaku sebuah piala yang berisi minuman keras (khamar) dan sebuah lagi berisi susu; lalu saya pilih yang berisi susu, lantas Jibril berkata : “Engkau telah memilih fitrah sebagai pilihan yang benar”. (H.R. Ahmad dari Anas bin Malik).

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW Pandangan Atas

Batu Tergantung Tempat Mikraj Nabi SAW Pandangan Atas

 Dua keping gambar di atas adalah dari laman : http://qhazanah.wordpress.com/

Dari keterangan hadis-hadis tersebut, dapatlah disimpulkan bahwa Nabi Muhammad saw dijalankan di waktu malam hari dari Masjidilharam ke Masjidilaksa atas izin Allah di bawah bimbingan malaikat Jibril!. Sebelum Nabi Muhammad saw diperjalankan malam hari itu, hatinya diisi iman dan hikmah, agar beliau tahan menghadapi segala macam cobaan dan tabah dalam melaksanakan perintah-perintah-Nya. Perjalanan itu dilakukan dengan Buraq yang mempunyai kecepatan luar biasa sehingga Isra’ dan Mikraj hanya memerlukan waktu kurang dari satu malam, dari sesudah waktu `Isyak sampai sebelum subuh.

Dapatkan maklumat tambahan mengenai Sakhrah Baitulmaqdis atau batu tergantung tempat mikraj Nabi saw oleh Tuan Guru Dr Harun Din di laman blog penulis  http://aburedza.wordpress.com/ 
Rujukan : http://c.1asphost.com/