Kuliah Subuh: Mengupas kitab Muktasar Tazkrah Al-Qurtubi Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman

Bagaimana  keadaan anak-anak  orang Islam dan bukan Islam pada hari Qiamat?

QS Al Mudddaththir 74: 38-39, ” Tiap-tiap diri bertanggung jawab atas apa yang di perbuatnya. Kecuali golongan kanan.”

Riwayat dari Ibnu Abdil Barr bersumber dari Ali Bin Abi Thalib r.a pada menafsir ayat di atas bermaksud adalah anak-anak  oarang Islam, mereka belum berbuat apa-apa, maka mereka akan tergadai, bergantung kepada amalan orang tua mereka.

Bagaimanapun Ibnu Abdil Barr berkata majoroti ulama berpendapat anak-anak muslim akan masuk syurga, ada pun anak orang musrik tidak masuk syurga dan neraka mengikut pandangan beberapa kelompok ulama.

Hadis riwayat Muslim dalam kitab Kadar pada bab Erti setiap orang yang lahir, dilahirkan dalam keadaan fitrah. No Hadis 2659 dan 2662 bermaksud:

“Hanya Allah s.w.t jualah yang lebih mengetahui tentang apa yang mereka perbuat”

Imam Muslim dalam kitab dan bab yang sama membawa kisah seorang anak kecil dari kaum Muslim telah meninggal dunia, lalu seorang Isteri Nabi s.a.w berkata, ” Berbahagialah ia, kerana ia akan memiliki seekor burung dari burung syurga.” Lalu nabi berkata, ” Apakah kamu mengetahui ? Sesunggunya  Allah s.w.t telah menciptakan  syurga dan menciptakan penghuninya. Ia juga mencipta neraka dan mencipta penghuninya.”

Al Qurtubi dengan merujuk kepada kitab Al-Minhj al-Hilmy, mengatakan kisah di atas terjadi sebelum turunnya ayat Quran Surah at Tur 21: ” Dan orang-orang yang beriman, dan yang anak cucu mereka mengikuti mereka dalam keimanan, Kami hubungkan anak cucu mereka dengan mereka …”

Kesimpulan yang dibuat oleh Imam Al-Qurtubi mengenai masalah ini ialah: yang paling benar  bahawa semua anak-anak yang belum dewasa, sama ada anak-anak muslim taupun kafir, akan masuk kedalam syurga. Hanya Allah s.w.t yang lebih mengetahui.

image

Advertisements

Hadis Pembahagian Harta Rampasan Perang Hunain

مسجد الشاكرين

 Oran Mata Ayer Perlis Kuliah Maghrib pada 16 Feb 2014

Oleh

Ustaz Yaali bin Dahaman Imam 1 Masjid As-Syakirin

Kuliah Hadith:

dari ibnu abas

Terjemahan hadith:

Dari Ibnu Abbas r.a katanya: Ketika hari peperangan Hunain, Rasul Allah s.a.w. telah melebihkan atau mengutamakan beberapa orang dalam pembahagian harga rampasan perang, lalu diberi kepada  Aqra` bin Habis seratus ekor unta dan kepada `Uyainah bin Hisn seperti itu juga (seratus ekor unta). Juga diberi kepada pembesar-pembesar Quraisy dan mengutamakan   pembahagian kepada  mereka. Kemudian ada seorang lelaki berkata: “Demi Allah pengagihan secara ini tidak ada keadilannya dan agaknya tidak dikehendaki untuk mencari keridhaan Allah”. Saya berkata, “Demi Allah hal ini akan saya beritahu kepada Rasul Allah s.a.w.”. Saya pun terus berjumpa dengan Baginda dan memberitahu kepadanya tentang apa yang dikatakan orang itu. Maka berubahlah wajah Baginda sehingga menjadi semacam kambing merah,  merah padam mukanya lalu bersabda;” Siapakah yang dikatakan adil, jika Allah dan RasulNya tidak adil. Selanjutnya Baginda bersabda: “ Allah merahmati Nabi Musa, ia telah disakiti dengan cara yang  lebih dari ini, tetapi ia tetap sabar.” Saya sendiri berkata: “Saya tak akan menceritakan   kepada Rasul Allah  selepas ini lagi”. Muttafaq alaih.

 Huraian Hadith:

Peperangan Hunain telah berlaku selepas pembukaan Mekah iaitu di Taif, Islam menang dalam peperangan ini dan merampas banyak dari harta rampasan perang termasuk, unta, kambing dan wang dirham dan dinar.  Rasul Allah pergi ke Ju`ranah untuk mengagihkan  harta  rampasan perang itu, Ju`ranah terletak dipinggir jalan kearah Taif.  Baginda telah memberi harta rampasan perang  kepada sahabat  termasuk sahabat yang baru memeluk Islam (muallafah qulubuhum) juga pembesar atau ketua kabilah Quraisy, Baginda telah memberi seratus ekor unta kepada setiap dua orang dari mereka.

Melihat kepada pemberian itu salah seorang dari sahabat  telah berkata; “Demi Allah pembahagian ini tidak adil dan tidak mengingini keredhaan Allah”.  Lelaki  tersebut  inginkan   agar harta tersebut diberi sesama mereka, ini menandakan bahawa mereka berperang kerana kasihkan dunia dan harta  setelah terpengaruh dengan hasutan syaitan supaya memecah belahkan umat Islam.   Sebenarnya kata-kata ini boleh membawa kepada kufur, iaitu dengan mengatakan Allah dan RasulNya tidak adil, juga mengatakan bahawa Nabi sendiri tidak ingin mencari keredhaan Allah.

Tidak syak lagi bahawa Baginda ingin mencari keredhaan Allah, Baginda juga ingin menjinakkan hati pembesar quraisy dengan pemberian tersebut agar akhirnya Islam juga akan bertambah kuat . Apabila pembesar quraisy telah kuat imannya, tentulah akan mendatangkan kebaikan kepada dakwah Islam sendiri, tetapi bagi seorang yang  cetek pemikiran mereka  dalam hal ini  tidak dapat memandang  jauh akan kebaikannya.

Aapbila  Abdullah bin Mas`ud  mendengar  kata-kata tersebut  yang ditujukan kepada Rasul Allah s.a.w., lalu dia bertemu dengan Rasul Allah dan menceritakannya, sebaik sahaja Baginda mendegar kata-kata tersebut lalu marah dan merah mukanya,  kemudian Baginda berkata; “Siapakah  yang  adil jika  Allah dan RasulNya tidak adil”.Benarlah apa yang dilakukan oleh Baginda Rasul Allah s.a.w. andaikata   pembahagian harta oleh Allah dan RasulNya tidak adil oleh itu siapakah yang adil!. Kemudian Baginda berkata; “Allah merahmati  Nabi Musa   atas siksaan dari umatnya lebih dari apa yang aku rasai”  Dari sini jelas kepada kita bahawa para nabi disiksa oleh umat masing-masing tetapi mereka sabar, demikian Nabi kita juga  menerima cacian dan siksaan walau pun sudah delapan tahun baginda berhijrah. Cacian dan  siksaan ini bukanlah berlaku diawal dakwah Baginda malah sudah banyak kebenaran yang ditunjukkan oleh Baginda, namun begitu  timbul lagi kata-kata yang menuduh Baginda tidak adil dalam pembahagian harta rampasan  tersebut.

Kalaulah Nabi pernah menerima cacian dan kata-kata yang menyakitkan hati,  oleh itu tidak hairanlah jika alim ulamak menerima cacian dan celaan atau mengsifatkan mereka dengan keaiban , ini adalah tunjuk ajar syaitan supaya ulamak  dibenci dan dicemoh. Jika kata-kata keji ini ditujukan kepada ulamak tentulah tidak  ada lagi umat yang akan mendengar kata-kata mereka untuk memimpin kepada agama  Allah, sebab itulah mengumpat terhadap ulamak adalah lebih besar keburukannya  berbanding dengan mengumpat  terhadap orang  awam,  mengumpat  terhadap orang  awam hanya  menyentuh peribadinya sahaja,  tetapi mengumpat ulamak akan memudaratkan Islam sebab ulamak pembawa panji-panji Islam, sekiranya orang awam tidak lagi mempercayai mereka maka gugurlah panji-panji Islam,  akhirnya umat akan ditimpa   dengan segala kerosakan. Wassalam.

Bahan Bacaan;

Al-Sheikh Muhammad bin Saleh al-`Uthaimin, Syarah Riyadz salihin, Juz Pertama,  Dar al-Basirah, Mesir, Hal. 146.

Baca juga artikal berkaitan di:  http://aburedza.wordpress.com/2009/11/25/jawaban-nabi-s-a-w-kepada-kemarahan-ansar-selepas-perang-hunain/