Hadis Pintu-pintu Kebaikan dan Kuncinya – 2

Kuliah Maghrib Masjid Baroh Mata Ayer Perlis pada 25 Feb 2010

Oleh

Ustaz Yaali Dahaman Imam  Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer, Perlis.

Kuliah Hadith

Sambungan kuliah 18 Feb 2010.  ( Sila rujuk di SINI )

Tajuk; Pintu-Pintu Kebaikan dan Jalan-Jalan Pertunjuk Allah

c)      Sembahyang Malam; sembahyang malam setelah bangun dari tidur,  banyak ayat al-Quran dan al-Hadith menyatakan kelebihan sembahyang malam,   Nabi s.a.w. telah menyatakan  berdasarkan  maksud ayat al-Quran; (Mereka meringankan diri dari tempat tidur (sedikit sangat tidur). Dan seterusnya ayat  lain yang menyatakan kelebihan sembayang malam dan membelanjakan harta kejalan Allah:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ (١٥)آخِذِينَ مَا آتَاهُمْ رَبُّهُمْ إِنَّهُمْ كَانُوا قَبْلَ ذَلِكَ مُحْسِنِينَ (١٦)كَانُوا قَلِيلا مِنَ اللَّيْلِ مَا يَهْجَعُونَ (١٧)وَبِالأسْحَارِ هُمْ يَسْتَغْفِرُونَ (١٨

15.Sesungguhnya orang yang bertaqwa berada di dalam taman-taman(syurga) dan d imata-   mata air.

16. Sambil mengambil apa yang diberikan kepada mereka oleh Tuhan mereka, sesungguhnya mereka sebelum itu di dunia ialah orang-orang yang berbuat baik.

17. mereka sedikit  sekali tidur di waktu malam,.

18.Dan di akhir-akhir malam mereka memohon ampun (kepada Allah). ( QS 51.15-18)

Imam Muslim meriwayatkan dalam kitab Sahihnya; bererti; (Sebaik-baik sembahyang selain sembahyang fardu ialah sembahyang malam), Termizi juga meriwayatkan dari Bilal sabda Baginda s.a.w.; (Kamu mesti mengejakan sembahyang malam, sesunguhnya ia adalah kebiasaan para salihin sebelum kamu, dengan qiyam al-lail akan mendekatkan diri kamu kepada Allah, menjauhkan dari dosa, menghapuskan yang buruk dan membuang penyakit dalam badan).  Masa yang afdhal untuk bangun sembahyang  malam(tahjud) ialah di tengah malam, berdasarkan sabda Nabi s.a.w. bermaksud: (Dan sembahyang seorang itu di tengah malam).

5. Kepala agama Islam, tunggak dan kemuncaknya; Nabi s.a.w. melihat bahawa Mua’az bersungguh-sungguh untuk menambahkan ilmu kenabian dari Muhammad s.a.w., baginda terus menambahkan ilmu pengetahuan kepada Mua’az  setelah menyoalnya dengan kata Baginda; (Mahukah kamu aku ceitakan kepamu),  inilah satu soalan dan cara tarbiyah Nabi yang boleh menambahkan lagi pemerhatian Mua’az terhadap kata-kata Baginda, antaranya;

a. Kepala segala urusan ialah Islam; huraian hadith dari Mua’az bahawa (Sesungguhnya kepala segala urusan  ialah kamu menyaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah tiada sekutu bagi Nya, bahawa Nabi Muhammad hamba Nya dan pesuruh Nya) , dengan ini jelaslah bahawa kepala segala urusan agama  ialah dua kalimah syahadah, siapa yang tidak mengaku dengan keduanya zahir dan batin maka  tidak ada sedikit pun dari ciri-ciri Islamnya. Dikatakan juga bahawa kepala kepada Islam itu adalah rukunnya yang lima.

b.Tunggaknya ialah sembahyang; sembahyang adalah tiang agama, tiang mengangkat sesuatu bangunan begitu juga dengan sembahyang akan mengangkat agama Islam, dengan demikian akan mendekatkan orang yang mendirikan sembahyang dengan Allah serta merasai dirinya perlu   kepada Allah sebagai hamba yang kurang segala-galanya.

c) Kemuncaknya ialah jihad;  amalan yang akan meninggikan Islam ialah jihad, jihad setinggi-tinggi ibadat  dalam Islam, banyak hadith yang menyatakan bahawa jihad adalah sebaik-baik amalan dalam Islam selepas amalan fardu. Maksud hadith riwayat al-Bukhari; (Daripada Abu Zar katanya; hai Rasul Allah, apakah amalan yang afdzal?, jawab Baginda: Iman dengan Allah kemudian berjihad pada jalan Allah).

6. Kunci segala urusan ialah mengawal lidah; Nabi Muhammmad s.a.w. telah mengakhiri nasihatnya kepada Mua’az  supaya menjaga lidah  agar amalannya lebih sempurna lagi, jelaslah kepada kita betapa pentingnya   mengawal   lidah dari       kejahatan, sabda Baginda bererti; (Siapa yang beriman dengan Allah dan hari akhirat maka hendaklah bercakap baik atau senyap). Dan dari hadith lain oleh Abu al-Yusri bererti; (Seorang lelaki telah berkata; Wahai Rasul Allah tunjukkan kepada saya amalan yang boleh memasukkan saya kedalam syurga, jawab Baginda; tahanlah ini lalu Baginda mengisyaratkan kepada lidahnya, baginda meneruskan lagi dengan katanya celakalah kamu, seorang itu tidak akan dihumbankan kedalam neraka melainkan disebabkan lidahnya.. Ibnu Rejab al-Hambali berkata; dimaksudkan dengan hasil dari lidah itu ialah balasan buruk terhadap perkataan yang haram, ibarat seorang manusia  beramal  baik atau buruk didunia ini dia akan mendapat  hasilnya diakhirat kelak, kalau baik baiklah dia dan kalau buruk akan menyesal dihari kiamat kelak. Jelaslah dari hadith Mua’az ini bahawa kebanyakan mansuia akan dimasukkan ke dalam neraka kelak disebabkan lidahnya, maksiat lidah juga boleh membawa kepada syirik yang merupakan sebesar-besar dosa terhadap Allah Ta’ala, demikian juga   syahadah palsu, sihir, menuduh sesaorang melakukan zina dan lain-lain dosa besar  atau kecil  seperti dusta, mengumpat dan megacum juga disebut sebagai kawan kepada syirik.

Imam Ahmad dan Termizi meriwayatkan Hadith dari Abu Hurairah yang bererti; (Baginda bersabda ; (Kebanyakan manusia akan dimasukkan kedalam neraka kerana dua ronggaya iaitu mulut dan kemaluan). Umar meriwayatkan hadith dari Zaid bin Aslam dari bapanya; bahawa Umar masuk berjumpa dengan  Abu Bakar yang sedang menarik lidahnya lalu berkata; (Sudahlah tu semoga Allah mengampunkanmu, lalu Abu Bakar  menjawab; ini lah punca aku dihumbankan kedalam kehinaaan). Abu Buraidah berkata; aku nampak  Ibnu Abas memgang lidahnya lalu berkata celakalah   kamu,  berkatalah yang baik necaya kamu akan mendapat untung, dan berhentilah kamu daripada bercakap buruk nescaya kamu akan selamat, kalau tidak kamu akan menyesal. Ada orang bertanya kepadanya, kenapa kamu katakan begini? Jawabnya; Sesungguhnya telah sampai kepadaku bahawa seorang insan akan diperlihatikan apa yang dia kata, tidak ada sesuatu dari badannya  yang paling dimurkai dan dibenci pada hari kiamat lebih dari lidahnya, melainkan siapa yang bercakap  dengan baik.

Ibnu Mas’ud bersumpah dengan nama Allah yang tiada Tuhan melainkan Dia, tidak ada sesuatu yang perlu dipenjarakan dalam  masa yang lebih lama melain kesalahan dari lidahnya. Hasan al-Basri pula berkata; Lidah ketua bagi badan, jika dia membuat jenayah seluruh badannya akan membuat jenayah sebaliknya jika lidah menjaga kehurmatannya maka seluruh badan akan menjaga kehurmatannya.

7. Sebaik-baik amalan selepas amalan fardu, menurut Imam Malik dan Abu Hanifah bahawa amalan yang afdzal selepas amalan fardzu ialah menuntut ilmu kemudian jihad, Imam Syafi’e pula berpendapat, bahawa amalan yang afdzal ialah sembahyang fardzu dan sunat. Kata Imam Ahmad pula ialah jihad pada jalan Allah.

Diriwayatkan bahawa Baginda Nabi s.a.w. sentiasa ditanya oleh para sahabat tentang amalan yang afdzal, kadang-kadang Baginda menjawab; bahawa sembahyang dalam waktunya, kadang-kandang dijawab; jihad, dan kadang-kadang Baginda menjawab; berbuat baik kepada kedua ibu bapa. Jawapan Baginda berbeza kerana berbezanya keadaan orang yang bertanya atau berbeza waktunya.

  1. Hadith ini memberitahu kepada kita, bahawa para sahabat sentiasa meminta pertunjuk dari Nabi s.a.w. Baginda juga menjelaskan bahawa menunaikan sembahyang lima waktu adalah perkara utama yang perlu dikerjakan, dengannya menjadi sebab dia dmasukkan kedalam syuga dan dijauhi daripada neraka.
  1. Kelebihan jihad, adalah untuk memelihara dan meninggikan syiar Islam.

10.  Bahaya lidah, dimana akan diambil tindakan tehadap percakapannya dan akan dihumbankan kedalam neraka hasil kerjanya.

Bahan Mengajar;

Dr Mustaffa al-Bugha dan Muhyiddin Misto, al-Wafi, Dar Ibnu Kathir, Berut, cetakan ke 10, 1997M, Hal 207

Hadis Pintu-pintu Kebaikan dan Kuncinya

Kuliah Maghrih Masjid Baroh Perlis  18 Feb 2010

Oleh

Ustaz Yaali Dahaman Imam Masjid al-Syakirin Oran Perlis.

Kuliah Hadith

Ertinya;

Daripada Mu’az bin Jabal katanya; “Aku berakata kapada Rasul Allah s.a.w. “ Beritahu kapada ku suatu amalan yang akan memasukkan aku kedalam syurga dan menjauhkan aku daripada neraka.” Baginda s.a.w. menjawab: “Sesungguhnya kamu telah bertanya tentang sesuatu yang besar. Sesungguhnya ia adalah mudah bagi sesiapa yang dimudahkan oleh Allah s.w.t. : Kamu menyembah Allah dan tidak menyegutukan Nya dengan sesuatu, kamu mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji.”

Kemuidan Baginda berkata: Mahukah kamu kiranya aku tunjukkan kepadamu  pintu-pintu kebaikan: Puasa itu benteng (pemelihara), sedekah menghapuskan kesalahan seperti mana air memadamkan api dan sembahyang  ditengah malam, kemudian Baginda membaca firman Allah s.w.t. yang bermaksud,” Mereka merenggangkan(bangun)  diri dari tempat tidur kerana mengerjakan sembahyang tahajjud dan amalan-amalan saleh, mereka sentiasa berdo’a kepada Tuhan dengan perasaan takut serta   perasaan ingin memperolehi keredhaan Nya, dan mereka sentiasa pula mendermakan sebahagian daripada apa yang Kami berikan

Kemudian Baginda beersabda lagi:”Mahukan kamu kiranya aku ceritakan kepadamu tentang kepada segala urusan, tunggak dan kepada mereka. Maka tidak ada seorang pun yang mengetahui satu persatu persediaan yang telah dirahsiakan untuk mereka yang amat indah dipandang dan mengembirakan sebagai balasan bagi amal-amal salih yang mereka telah kerjakan”. As-sajdah: 16-17.kemuncaknya?” Aku menjawab sudah tentu ya Rasul Allah” Sabda baginda: “ Kepala segala urusan ialah Islam, tunggaknya ialah sembahyang dan kemuncaknya adalah jihad”.

Kemudian Baginda bersabda lagi: “ Mahukan kamu kiranya aku beritahu kepadamu  anak kunci kepada semua perkara tersebut? Aku menjawab sudah tentu Ya Rasul Allah” lalu Baginda pun memegang lidahnya seraya bersabda: Kamu mesti menjaga ini”Aku bertanya: “Wahai Nabi Allah adakah akan dibalas dengan apa yang kita katakan? Baginda menjawab: “Celakalah kamu! Tidak ada yang menghumbankan manusia kedalam neraka di atas muka mereka- riwayat lain diatas hidung mereka – melainkan hasil tuaian lidah mereka”.  Riwayat al-Termizi.

Pengajaran hadith;

1.Mua’az mengambil berat untuk mengerjakan amal Salih: soalan yang dikemukakan oleh Mua’az kepada Rasul Allah menandakan beliau mengambil berat tentang amal Salih, soalan beliau amat mendalam dan tepat sehingga Baginda Rasul Allah memujinya lalu Baginda Bersabda bererti; “Soalan kamu amat agong, kerana masuk syurga dan menjauhkan diri dari neraka adalah urusan penting akan terhasil setelah melakukan segala perintah Allah dan mejauhi segala larang Nya, inilah yang disoalkan oleh Mua’az.

2. Amalan yang membolehkan sesaorang masuk syurga;  Mua’az,   meminta  supayaRasul Allah memberiahu kepadanya jenis amalan yang boleh memasukinya kedalam syurga, dalam al-Quran firman Allah bermaksud’ “Dan dikatakan kapada mereka; “Inilah syurga yang diberikan kepada kamu mewarisinya apa yang telah kamu kerjakan “. al-Zukhruf:72. Sabda Baginda yang bererti; (Setiap kamu tidak sekali-kali akan memasuki syurga  dengan sebab amalannya). Bererti bukan kerana amalannya semata-mata akan dimasukkan kedalam syurga malah mestilah amalannya itu diterima oleh Allah dan    dengan rahmatNya akan dimasaukkan kedalam syurga, taufiq dan hidayah hanya ditangan Allah, siapa dipermudahkan Allah menerima hidayatNya dia akan Berjaya sebaliknya siapa yang tidak mendapat hidayah Allah dia akan sesat. Firman Allah: (Maka adapun orang yang memberikan harta kejalan Allah dan bertaqwa, dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga), maka kelak kami akan menyiapkan bagnyai jalan yang mudah. Dan adapun orang-orang yang bakhil dan merasa dirinya cukup, serta mendustkan pahala yang terbaik, maka kelak Kami akan menyiapkan baginya jalan yang sukar).

3. Melaksanakan rukun Islam; Nabi menjawab soalan Mua’az, agar mentauhidkan Allah dan mengerjakan rukun Islam: sembahyang, puasa, zakat dan haji; inilah amal salih yang dengannya akan mendapat rahmat Allah untuk memasuki syurga Nya,  hadith mengenai rukun Islam telah pun diterangkan sebelum ini.

4. Pintu-pintu kebaikan; Nabi menyarankan Mua’az agar menambahkan lagi dengan amalan sunat setelah menyempurnakan amalan fardu, supaya dapat kecintaan Allah, sabda Rasul Allah dari Tuhannya (hadith Qudsi) bererti; (Dan hamba Ku tidak akan mendekatkan diri kepada Ku  dengan sesuatu yang lebih Aku sukai daripada apa yang telah aku fardukan keatasnya, dan sentiasa hambaku bertaqarrub kepda Ku dengan amalan-amalan sunat sehingga Aku mencintainya).

Pintu-pintu kebaikan yang boleh mencapai kecintaan Allah;

a)     Puasa sebagai perisai; maksudnya, puasa disini ialah puasa sunat menjadi perisai dari neraka diakhirat kelak  kerana dengan bepuasa seorang Islam akan terhalang dari dorongan nafsunya, sebaliknya dia akan melakukan segala perintah Allah dan   sentiasa bertaqwa kepadaAllah, puasa akan melemahkan kehendak nafsunya,   mencegah  pelanggaran hukum Allah inilah yang dinamakan sebagai perisai.

b)            Sedekah menghapuskan kesalahan; sedekah yang dimaksudkan disini ialah sedekah sunat tidak termasuk zakat, sedekah hanya akan menghapuskan dosa-dosa kecil yang dilakukan terhadap Allah, sedang dosa besar tidak akan terhapus melainkan dengan taubat, manakala dosa yang terlibat sesama makhluk tidak akan diampun melainkan setelah dimaafkan sesama mereka, sabda Baginda; (Seungguhnya sedekah itu pasti akan memadamkan kemurkaan Allah dan menghalang seseorang mati dalam keadaan yang buruk). Dengan terhapusnya dosa besar harapannya cerah, hatinya bersinar dan amalannya menjadi suci. Dengan itu sedekah menjadi pintu kearah beramal salih dengan  lebih banyak lagi.

Bersambung,

Dr Mustafa al-Bugha,Muhyiddin Misto, al-Wafi, cetakan 10, 1997, Dar Ibnu Kathir, Berut, hal. 197.