PELANCARAN PROGRAM RAKAN MUDA RAMADAN

Masjid As Syakirin 28 Ogos 2009

YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

YB TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA

Masjid As Syakirin telah dipilih untuk menjadi tempat pelancaran Program Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Perlis oleh YB Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia. Perancangan Asal akan dilancarkan oleh YB Menteri Besar tetapi telah diminta oleh YAB MB supaya Timbalan Menteri Belia yang lebih muda melancarkannya.

Objektif program ini ialah :

  • Sebagai salah satu program mengimarahkan masjid di bulan Ramadhan
  • Masyarakat mengetahui mengenai pelaksanaan program melalui hebahan di media massa.
  • Mensyukuri dan meraikan kehadiran bulan Ramadhan 1430H.
  • Memperkuatkan gagasan ibadah pada bulan Ramadhan dengan pendekatan realistik bagi golongan belia dan impak yang lebih bermakna.
  • Mewujudkan lembaran hubungan baru dengan pemimpin belia beragama Islam dan menjadikan Masjid sebagai medan pertemuan rasmi.

 BANER TEGAKAturcara Program seperti berikut :

 

4.30 ptg           Ketibaan Para Peserta

                            Solat Asar Berjemaah

5.00 ptg          Tazkirah

5.30 ptg           Ketibaan Jemputan

5.45 ptg            Ketibaan VB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan bersama YAB. Menteri Besar Perlis

                             Bacaan Ayat Suci

                            Ucapan Aluan YAB. Menteri Besar Perlis

                            YB. Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia

                           Ucapan Pelancaran Program Rakan Muda Ramadhan Peringkat Negeri Perlis 1430H I 2009 oleh YB.

                           Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia

6.30 ptg           Bacaan Yassin

                            Penyampaian Sumbangan Anak-anak Yatim

                           Penyampaian Cenderamata

                           Berbuka Puasa I Jamuan

                           Solat Maghrib Berjemaah

                           Solat Isyak Berjemaah

                            Solat Tarawih

Seramai 700 orang telah hadir dan berbuka puasa di masjid As Syakirin.

Advertisements