HAWA NAFSU DIPIMPIN IMAN

Tazkirah Malam ke 19 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

HAWA NAFSU DIPIMPIN  IMAN

Dari Abi Muhammad ‘Abdillah bin ‘Amru bin al-As radiyal­lahu ‘anhuma katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: Tidak beriman seorang kamu sehingga adalah hawanya (kemahuannya atau kecenderungannya) mengikut kepada apa yang aku bawa dengan dia.

Hadith hasan lagi sahih, kami riwayatkannya dalam kitab “al­Hujjah”[1] dengan isnad yang sahih.

Maksud firman Allah :

Maka jika mereka tidak menjawab (tantanganmu), ketahuilah bahwa sesungguhnya mereka hanyalah mengikuti hawa nafsu mereka (belaka). Dan siapakah yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya dengan tidak mendapat petunjuk dari Allah sedikit pun?

– AlQasas :50

Petunjuk  Hadith:

  1. Menunjukkan bahawa orang yang sempurna iman ialah orang yang hawa nafsu mengikuti apa yang dibawa oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam; dan bahawa orang yang tiada beriman (kafir) ialah orang yang menolak sama sekali apa yang dibawanya; dan bahawa orang yang fasiq ialah orang yang mengikuti iman yang dibawanya tetapi meninggalkan yang lainnya; dan bahawa orang yang munafiq ialah orang yang menempatkan amalan yang dibawa Rasulullah, tetapi batinnya atau hatinya tetap menolak iman itu pada keseluruhannya.
  2. Menunjukkan bahawa hawa nafsu adalah halangan yang terbesar sekali untuk mengikuti jalan yang benar, jalan yang ditunjukki Rasulullah, sehingga orang yang beriman tidak mungkin mencapai darjat kesempurnaan imannya selagi dia dipengaruhi oleh hawa nafsunya. Oleh yang demikian, maka wajiblah ia berusaha menunduk dan menguasainya, dan ini adalah satu perjuangan yang utama.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 41

 


[1] Karangan seorang ahli fiqh yang zahid bernama Ab! al-Qasim Isma’il bin Muhamad bin al-Fadl al-Asfahani –  Kitab ini membahas i’tiqad ahl al-Sunnah. 

Advertisements

KEAMPUNAN ALLAH

Tazkirah Malam ke 18 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

KEAMPUNAN ALLAH

Dari Anas radiyallahu ‘anh katanya: Aku dengar Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda: “Allah telah berfirman:  Hai Anak Adam! Sesungguhnya engkau, selama engkau berdoa dan berharap kepadaKu,  Aku ampuni bagi engkau di atas dosa yang ada pada engkau dan Aku tiada peduli.  Hai Anak Adam!  Kalau telah sampai sekelian dosa engkau ke awan langit kemudian itu engkau memohon keampunan Ku,  nescaya  Aku ampuni bagi engkau. Hai Anak Adam! Sesungguhnya kalau engkau datang kepada Ku dengan kesalahan-kesalahan sepenuh bumi (ini) kemudian itu engkau menemui Aku pada hal tiada engkau mempersekutukan Aku dengan sesuatu, nescaya Aku berikan kepada engkau keampunan dengan sepenuh bumi. “ Diriwayatkan oleh al-Tirmizi dan ia berkata: Hadith ini hasan lagi sahih.

Petunjuk  Hadith:

  1. Menunjukkan bahawa Allah memberi kesempatan yang seluas-luasnya kepada manusia untuk mendapat keampun­anNya. Maka terserahlah kepadanya untuk menggunakan kesempatan itu dengan sebaik-baiknya demi kebahagian hidupnya yang abadi. Juga menunjukkan bahawa dosa yang walaubagaimana pun banyaknya, tidaklah menjadi rintangan mendapat keampun­an; asal seorang itu benar-benar insaf dan menyedari kesalahan­nya dan bersedia untuk membersihkannya dengan bertaubat dengan cara yang sesungguhnya.
  2. Menunjukkan bahawa dari kesimpulan hadith tersebut dapat ditetapkan, iaitu untuk memperolehi keampunan Allah memerlukan tiga syarat:
    1. Doa serta harapan,
    2. Istighfar atau me­mohon keampunan,   
    3. Tauhid pada i’tiqad atau keper­cayaan. Dan tauhid inilah syarat yang lebih utama dan penting dari yang lainnya. Kerana ketiadaannya tidaklah ada keampunan  sama sekali.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 42

BERTAKWALAH KEPADA ALLAH

Tazkirah Malam ke 17 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

BERTAKWALAH KEPADA ALLAH

Dari Abu  DzarJundub bin Junadah dan Abu  ‘Abdul Rahman Mu’adz bin Jabal radiyallahu ‘anhuma  dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam sabdanya:

Bertaqwalah kepada Allah di mana saja engkau berada. Dan ikutilah kejahatan dengan mengerja­kan kebaikan, nescaya menghapuskannya. Dan berperangai kepada manusia dengan perangai yang bagus.

Diriwayatkan oleh Al- Tirmizi. Dan katanya: Hadith ini hasan. Dan pada setengah naskhah dikatakan hadIth ini hasan sahih

Petunjuk Hadith :

 

  1. Bahawa hadith tersebut pada keseluruhannya mengan­dungi tiga hukum yang amat penting. Pertama: Hak Allah. Kedua: Hak mukallaf.  Ketiga: Hak hamba. Hak Allah ialah taqwa kepadaNya. Hak mukallaf ialah meng­hapuskan kejahatan yang telah dikerjakannya. Hak hamba ialah elok pergaulan di antara sesama manusia dalam masyarakat. Ketiga-tiga hak ini masuk ke dalam tuntutan dan pengertian taqwa.

 

  1. Bahawa kebaikan yang dikerjakan seseorang dapat meng­hapuskan kejahatannya, yang demikian lenyaplah dosa­nya. Para ‘ulama  telah banyak memperkatakan masalah penghapusan dosa dengan ketiadaan taubat. Mereka telah membahaskan, adakah amal kebaikan (amal saleh) dapat menghapuskan dosa kecil dan dosa besar atau dosa-dosa kecil saja? Di antara mereka banyak yang berpendapat bahawa amal kebaikan hanya dapat menghapuskan dosa kecil saja tidak dosa besar. Inilah yang diriwayatkan dari ‘Atha’ dan ‘ulama’ salaf pada hadith wudu’ yang menya­takan penghapusan dosa kecil.

 

 

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 18

PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Tazkirah Malam ke 16 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman: azkirah Malam ke 15 Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

PERASAAN RAGU DAN YAKIN

Dari Abu Muhammad al-Hasan bin ‘Ali bin Abi Talib cucu Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam dan kesayangannya radiyallahu ‘anhuma. katanya: Aku te1ah menghafaz dari Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam (sabdanya iaitu):

Tinggalkanlah barang yang meragukan engkau kepada apa yang tidak meragukan engkau.

Diriwayatkan oleh Tirmizi dan Nasi’i. Tirmizi berkata: Hadith ini hasan sahib.

 

Petunjuk Dari Hadith :

Menunjukkan kepada kewajipan melakukan suatu yang diyakini keadaannya dengan meninggalkan suatu yang diragu­kan atau yang disyaki, sama ada dalam perkara ibadat mahu pun dalam hukum-hukum yang lain. Mithalnya, seorang yang yakin sucinya (berwudhu) kemudian ia ragu atau syak tenang hadathnya adalah dikehendaki supaya ia tetap dalam kesucian­nya kerana ini yang menjadi keyakinannya sedang keraguannya adalah dalam perkara yang belum dipastikan. Selanjutnya kalau ia dalam sembahyang, diteruskanlah sembahyangnya dan di­tinggalkan keraguannya tentang hadathnya berdasarkan hadlth Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam riwayat Bukhairi dari ‘Ab­dullah itu Zaid al-Ansari katanya:

Bahawa telah mengadu kepada Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam  seorang lelaki yang dikhayalkan kepadanya bahawasanya ia mendapat suatu (terasa keluar sesuatu yang membatalkan wudu’) dalam sem­bahyang, Rasulullah berkata: Jangan ia berpaling atau jangan ia pergi sehingga ia mendengar suara atau mendapati bau.

Lainlah halnya kalau ia yakinkan hadath dan ragukan tahirah (suci) maka hendaklah ia lakukan menurut keyakinan­nya.

 

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 11

BERPEGANG DENGAN SUNNAHKU DAN SUNNAH PARA KHALIFAH AL-RASYIDLN AL-MAHDIYYIN

Tazkirah Malam ke 15  Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

BERPEGANG DENGAN SUNNAHKU DAN SUNNAH PARA KHALIFAH AL-RASYIDLN AL-MAHDIYYIN

Dari Abi Najih al-Irbad’  bin Sariah radiyallahu ‘anh katanya:

Te1ah menasihati kami oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasalam  akan satu nasihat yang menggeletarkan hati daripadanya dan menitis air mata.  Lalu kami berkata:  Ya Rasullah seolah-olahnya  inilah nasihat yang terakhir, maka berilah kepada kami satu pesanan.

la bersabda:  Aku berwasiat (berpesan) kepada kamu dengan bertaqwa kepada Al1ah ‘Azza wajalla dan mendengarkan serta  ta ‘at, sekalipun kepada seorang hamba yang memerintah kamu. Kerana sesungguhnya barangsiapa yang hidup daripada kamu, maka ia akan me1ihat perselisihan yang banyak. Sebab itu, maka hendaklah kamu berpegang dengan sunnahku dan sunnah para khalifah al-Rasyidln al-Mahdiyyin (yang mengetahui ke­benaran serta mengikutinya, yang mendapat pimpinan ke jalan yang betul) dan gigitlah kamu dengan geraham gigi kamu.

Dan jauhilah oleh kamu akan perkara-perkara yang baharu diada-adakan. Kerana sesungguhnya tiap-tiap bid’ah (perkara­perkara yang baharu diada-adakan) itu adalah sesat.

Diriwayatkan oleh Abu Dawud dan Tirmizl, dan ka tan ya: Hadlth ini hasan lagi sahih.

Petunjuk Dari Hadith :

  1. Bahawa setiap khutbah atau ucapan, nasihat atau penga­jaran hendaklah dengan cara yang berkesan mempenga­ruhi orang-orang yang mendengar, sebagaimana yang ditunjuk  oleh Nabi pada hadith ini.  Dengan yang demi­kian, barulah dapat menginsafkan dan membuka fikiran dalam suatu  perkara.
  2. Bahawa yang disebut sunnah ialah perjalanan RasuI dan para sahabatnya meliputi perkara i’tiqad, amalan dan per­buatan. Dan tidak dikatakan sunnah melainkan perjalanan tersebut. Inilah pengertian sunnah yang paling tepat dan Iebih Iengkap menurut istilah ‘ulama’ salarf seperti aI-Has­san, aI-Auza’i, dan aI-Fadhil bin ‘Iyad.

 

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 28

KEBAIKAN ITU ELOK BUDIPEKERTI DOSA ITU GETARAN PADA HATI

Tazkirah Malam ke 14  Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

KEBAIKAN ITU ELOK BUDIPEKERTI DOSA ITU GETARAN PADA HATI

Maksud hadis : 

Dari al-Nawwas bin Sim ‘an radiyallahu ‘anh dari Nabi sallallahu ‘alayhi wa sallam sabdanya: Kebaikan itu ialah elok budi pekerti. Dan dosa itu ialah apa yang tergetar dalam diri engkau dan engkau benci bahawa di lihat oleh manusia kepadanya. Diriwayatkan oleh Muslim.

 Petunjuk daripada hadis :

1. Bahawa keelokan akhlaq adalah satu-satunya penilaian kebaikan. Tetapi kebaikan ini menurut falsafah Islam tidaklah terletak pada keseluruhannya atas pandangan manusia. Kerana ada yang baik bagi manusia, tidak bagi agama; tetapi yang baik bagi agama, sudah tentu baik bagi manusia; hanya manusia itu sendiri yang tidak mengerti hakikatnya atau tidak mahu menilai mutunya.

2. Bahawa hati seorang adalah penunjuk kepada suatu pe­kerjaan yang akan dilakukannya. Kerana ini sudah sepatut­nya ia mengetahui keadaan perasaan atau getaran hatinya atau jiwanya sebelum dikerjakannya. Kalau dirasakan ada ketenteraman atau ketenangan, kerjakanlah; kalau tidak, tidak usahlah.

Menurut riwayat[1] bahawa Nabi Adam a.s. berwasiat kepada anak-anak dengan beberapa wasiat. Di antaranya ia ber­pesan bahawa:

1.Jika kamu hendak berbuat sesuatu, tetapi hati kamu geli­sah kerananya, maka janganlah kamu perbuat. Kerana aku sewaktu akan memakan buah kayu, hatiku telah bergon­cang dan gelisah.

2.Jika kamu hendak mengerjakan suatu, lihatlah kesudahan­nya. Kerana kalau aku lihat atau fikirkan tentang kesudah­an dan akibat makan buah tersebut, tentu tidak aku makan.

3.Jika kamu hendak melakukan sesuatu perkara, maka berundinglah dengan orang-orang yang tertentu. Kerana kalau aku dahulunya berunding dengan malaikat, tentu diberitahu kepada aku supaya aku jangan memakan buah yang terlarang itu.

 

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 27

 


[1] Syarah al-Arba’in al Nawawiyyah

NILAI WAKTU BAGI ORANG BERIMAN

Tazkirah Malam ke 13  Ramadan di Masjid As Syakirin Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman:

NILAI WAKTU  BAGI ORANG BERIMAN

Maksud hadis :

Dari Ibn ‘Umar radiyallahu ‘anhuma katanya: Rasulullah sallallahu ‘alayhi wa sallam memegang bahuku lalu ia bersabda: Hendak­lah engkau berada dalam dunia seolah-olahnya engkau orang berdagang, atau orang yang sedang melalui di jalan (pengem­bara). Dan adalah Ibn ‘Umar radiyallahu ‘anh berkata: Jika engkau berada di waktu petang, maka janganlah engkau me­nunggu pagi; dan apabila engkau berada di waktu pagi, maka janganlah engkau menunggu petang. Dan gunakanlah dari sihat engkau bagi masa sakit engkau dan dari hidup engkau bagi masa mati engkau. Diriwayatkan oleh al-Bukhari.

Saidina Ali radiyallahu ‘anhuma berkata tentang masa :

“Sesungguhnya dunia ini te1ah berangkat membelakangi, dan sesungguhnya akhirat itu berangkat menghadapi (mendatangi) dan bagi tiap-tiap daripada keduanya ada putera-puteranya. Maka jadilah kamu dari putera-­putera akhirat dan janganlah kamu jadi dari putera-­putera dunia. Kerana sesungguhnya hari ini hari amal dan tiada perhitungan, sedang keesokannya hari pehitungan dan tiada amal”

PETUNJUKNYA:

Di antara yang ditunjuki oleh hadith  ini ialah:

  1. Menunjukkan suatu gambaran penghidupan seorang dalam dunia. Dunia ini adalah beredar. Seorang manusia yang hidup di dalamnya adalah sebagai penumpang atau sebagai pengembara yang sedang di dalam perjalanan menuju ke tempat yang tertentu; manakala penghidupannya dalam keadaannya yang demikian adalah bersifat sementara. Namun demikian dia tidak boleh lupa akan bekalan peng­hidupannya dimasa akan datang, iaitu amalannya yang jujur yang telah ditunaikan dengan penuh tanggungjawab sewaktu di dalam dunia.
  2. Menunjukkan kepada nilai waktu bagi seorang yang hidup di dalam dunia. Seorang yang berhasrat bahagia hidupnya wajiblah memelihara waktunya itu dari ter­buang dengan percuma. Kerana waktu atau masa adalah perjalanan hidupnya yang mesti dipenuhi dengan perbuat­an yang bermanfa’at.

Petikan : Hadith 40 – Terjemahan dan Syarahnya , Dewan Pustaka Fajar – Hadith no 40