Posted by aburedza di 25 Januari 2012
Dikirim dalam Hakikat roh | Di tag: Ar Ruh, Ibnu Qaiyim, Mengingati Mati | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 17 Januari 2012
Anda menghadapai masalah menonton WEB TV ISLAM, seperti LIVE DARI MASJIDIL HARAM?
Cuba anda Download & install WEB TV Player di sini untuk memudahkan anda menonton siaran tanpa “buffering”,( atau kurang) insya Allah.
Pengalaman saya menonton melalui palyer ini lebih selesa, agak cepat kerana terus klik pada ikon pada desktop, tanpa perlu membuka laman web tertentu
Di samping web tv islam , juga mudah menonton WEB TV PAS.
Melalui player ini anda boleh memilih banyak saluran seperti tetera di image di bawah. Untuk mendapat channel seperti image di atas, KLIK pada menu ” more channels” pada WEB Player tersebut:
Dikirim dalam Uncategorized | Di tag: download, web tv islam | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 17 Januari 2012
atau juga di
http://www.facebook.com/LiveMakkahTV?sk=app_215067561867543
Dan Live dari Madinah:
http://www.facebook.com/LiveMadinahTV?sk=app_190254131024356
Dikirim dalam Al Quran | Di tag: Makkah Live, Siaran Langsung Makah | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 14 Januari 2012
Kuliah Subuh Pada 1 Jan 2012
Oleh
Ustaz Ya ali bin Dahaman@Abdul Rahaman
Bab; Pemilihan Tempat Tanah Perkuburan
Daripada Umar bin Al-Khattab katanya sabda Nabi s.a.w.
“من زار قبري” – أو قال : “من زارني كنت له شهيدا ” أو شفيعا ، ومن مات بأحد الحرمين بعثه الله تعالى في الأمنين يوم القيامة”.
وقال رسول الله صلى الله عليه وسلم : “من زارني بعد موتي فكأنما زارني حيا في حياتي ، ومن مات بأحد احرمين ، بعث من الأمنين يوم القيامة”.
Ertinya; “Siapa yang menziarahi kuburku, atau siapa yang menziarahai aku maka aku akan menjadi saksi atau memberi syafaat , dan siapa yang mati disalah satu tanah haram akan dibangkitkan oleh Allah dihari kiamat nanti dalam keadaan aman dari sikasaaNya”.
Dan sabda Baginda lagi:” Siapa yang menziarahi aku selepas kematianku maka seolah-olah dia menziarahiku ketika aku hidup, dan siapa yang mati disalah satu tanah haram akan dibangkitkan oleh Allah dalam keadaan aman pada hari kiamat”.
Kisah Nabi Musa a.s. Menampar Malikil Maut
Bukhari dan Muslim telah mengeluarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a. katanya: “Allah telah menghantar Malikil Maut kepda Nabi Musa a.s., apabila tiba lalu Musa a.s. telah menamparnya hingga tercungkil biji mata, kemudian Malikil Maut kembali kepada Tuhannya lalu menyatakan: Ya Allah Engkau telah menghantarku kepada hambaMu yang tidak mahu mati, kemudian Allah memasukkan biji matanya lalu berkata kepdanya; “pergilah kamu kepada Musa dan minta supaya dia meletakkan tangannya diatas kulit lembu. Tanya Malikil Maut lepas itu apa yang aku hendak lakukan, jawab Allah; ketika itu ambillah nyawanya, sebelum menemui ajal baginda meminta agar dikebumikan di suatu tempat suci yang tidak jauh melebihi lontaran batu.
Seterusnya baginda Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda ;
“لو كنت ثم لأريتكم قبره الى جانب الطريق تحت الكثيب لأحمر”.
Ertinya; “Andaikata kalau aku berada di sana nescaya aku tunjukkan kepada kamu kuburnya iaitu ditepi jalan dibawah longgokan tanah merah”.
Dalam satu riwayat yang lain dikatakan; bahawa Malikil Maut telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. lalu berkata; sahutlah panggilan Tuhanmu, katanya: ketika itu Musa a.s. telah menampar Malikil Maut sehingga tercungkil biji matanya.
Kisah Kelebihan Meninggal Dunia Di Madinah al-Munauwarah
Al-Termizi meriwayatkan dari Ibnu Umar bahawa Nabi s.a.w. bersabda;
“من استطاع أن يموت بالمدينة فليمت بها، فاني أشفع لمن مات بها “.
Ertinya: “Siapa yang sanggup meninggal dunia di Madinah, maka hendaklah dia meninggal disana, kerana aku akan memberi syafaat kepada setiap orang yang meninggal di Madinah”.
Didalam kitab al-Muwatta`ada nukilan yang menyatakan Umar bin al-Khattab telah berdoa kepada Allah Ta`ala; “Ya Allah berilah kepadaku syahadah ke jalanMu, mati di negeri NabiMu”.
Saad bin Abi Waqqas dan Said bin Zaid telah membuat perjanjian agar apabila mereka meninggal dunia supaya dibawa ke Madinah dan dikebumikan di sana.
Bahan Bacaan;
Al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dar al-Salam, 2008M, hal. 92
Abddul Wahab al-Sya`rani, Ringakasan Tazkiran al-Qurtuubi, Jasmin, 2008M, hal, 76
Dikirim dalam Ingat Mati, Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: Kubur, Mengingati Mati, Tanah Kubur | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 14 Januari 2012
Kuliah Maghrib Masjid Baroh Perlis pada 1 Dis 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman@Abddul Rahman Imam Masjid al-Syakirin
SYARAT PENERIMAAN DOA, HALANGAN DAN ADAB-ADAB BERDOA.
Punca doa sesaorang diterima Allah mestilah menepati syaratnya tanpa sebarang halangan;
1) Hadir Hatinya Ketika Berdoa Serta Penuh Harapan
Antara syarat yang paling utama ialah hadir hatinya ketika berdoa disamping mengharapkan perkenan Allah Ta`la.
Hadith yang dikeluarkan oleh al-Termizi dari Abu Hurairah r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;
Ertinya; “Berdoalah kepada Allah dalam keadaan kamu yakin mendapat perkenan dari Allah, sesungguhnya Allah Ta`la tidak akan menerima doa dari hati yang lalai dan tidak bersungguh-sungguh”.
Dalam kitab Musnad dari Abdullah bin Umar r.a. daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;
Ertinya; “Hati adalah ibarat bekas, sebahagiannya adalah lebih sesuai untuk digunakan sebagai tempat menyimpan daripada sebahagian yang lain. Wahai manusia, apabila kamu berdoa kepada Allah Azzawajalla, maka pohonlah dalam keadaan kamu yakin Allah akan menerimanya. Sesungguhnya Allah s.w.t. tidak menerima doa seorang hamba yang hatinya lalai”.
Antara tanda seorang itu mengaharapkan kepada Allah ialah apabila memperelokkan keraja taatnya kepada Allah, firman Allah:
Maksudnya: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman, dan orang-orang yang berhijrah serta berjuang pada jalan Allah (untuk menegakkan ugama Islam), mereka itulah orang-orang yang mengharapkan rahmat Allah. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. Al-Baqarah:218.
2) Bersungguh-Sungguh Ketika Meminta Dan Berdoa.
Sesaorang itu hendaklah berdoa dengan penuh kesungguhan dan keyakinan, tidak ragu-ragu dalam hatinya dan dalam doanya, Nabi melarang seorang yang berdoa atau meminta ampun dengan kata-kata;
“Ya Allah ampunkanlah dosaku jika engkau kehendaki, Ya Allah kasihanilah aku jika Engkau kehendaki, tetapi hendaklah dia bersungguh-sunguh dan penuh yakin, kerana Allah bebas apa sahaja yang dikkehendaki tidak ada kuasa yang dapat menghalangnya”. Muslim.
Dalam kitab al-Sahih daripada Nabi s.a.w. baginda bersabda;
Ertinya; “Apabila seorang daripada kamu bedoa, maka janganlah dia berkata: Ya Allah ampunlah aku jika Engkau mahu”. Tetapi dia hendaklah bedoa bersungguh-sungguh dan melahirkan kesungguhan dan keinginannya. Sesungguhnya Allah sedikit pun tidak merasa besar terhadap apa yang dikurniakanNya”. Riwayat al-Termizi.
3) Merayu-rayu ketika Berdoa;
Sesungguhnya Allah suka jika hamba-hambaNya mezahirkan ubudiyah dan mengemukakan hajat kepadaNya sehingga Dia menerima dan memenuhi hajatnya. Sebagaimana seorang itu sentiasa berdoa dan mengharapkan penerimaannya tanpa merasa putus asa, maka doanya adalah dekat untuk dimakbulkan. Siapa yang mengetuk pintu penerimaan, kemunkinan besar pintu tersebut akan dibuka untuknya. Allah s.w.t. berfirman:
Maksudnya: “Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di bumi sesudah Allah menyediakan segala yang membawa kebaikan padanya, dan berdoalah kepadaNya Dengan perasaan bimbang (kalau-kalau tidak diterima) dan juga dengan perasaan terlalu mengharapkan (supaya makbul). Sesungguhnya rahmat Allah itu dekat kepada orang-orang yang memperbaiki amalannya”. Al-`Araf: 56.
Didalam Kitab Sahih al-Hakim dari Anas baginda bersabda;
Ertinya; “Janganlah kamu berputus asa untuk berdoa, kerana tidak ada seorang pun yang binasa dengan doanya”.dan sabda Baginda lagi, ”Siapa yang tidak memohon kepada Allah, maka Dia(Allah) murka kepadanya”.
Antara kata-kata sahabat; “ Apabila seorang hamba yang dicintai Allah berdoa, maka Dia berkata; “Hai Jibril , kamu janganlah tergesa-gesa memenuhi kehendaknya, sesungguhnya Aku suka mendengar suaranya”.
4) Berpurtus Asa Dan Meninggalkan Doa
Rasul Allah s.a.w. melarang seorang hamba yang yang berputus asa dan meninggalkan doa kerana doanya lambat dimakbulkan, Bahkan Baginda menjadikan perasaan tersebut sebagai salah satu faktor doa tidak dimakbulkan, agar hamba tersebut tidak berpustus asa daripada berdoa sekalipun doanya itu memakan masa yang lama untuk dimakbulkan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang sentiasa merayu-rayukan kepada Allah dengan doa, sabda Nabi s.a.w.
Ertinya; “Doa kamu akan dimakbulkan selagi kamu tidak berputus asa dengan mengatakan: Aku telah berdoa kepadaTtuhanku, tetapi Dia tidak menerimanya”.
5) Rezeki Yang Halal
Antara sebab terpenting doa akan dimakbulkan oleh Allah ialah rezeki yang halal dan cara mendapatnya menurut hukum syarak, Antara halangan Allah tidak akan menerim doa sesaorang itu ialah dia tidak memperdulikan tentang rezekinya sama ada halal atau haram. Dalam hal ini Baginda Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud:
“Seorang lelaki menadah kedua tangannya kelangit lalu berkata; Wahai Tuhan, wahai Tuhan, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakainnya juga dari bahan yang haram, dia diberi makan dari makanan yang haram, bagaimankah doanya akan dimakbulkan”. Riwayat Bukhari dan Muslim.
Sabda Baginda; “
Ertinya; “Wahai Saad, makanlah yang baik-baik, nescaya doamu dimakbulkan”.
Adab-Adab Berdoa;
Antara adab berdoa ialah memilih masa yang afdzal, didahlu dengan wuduk dan sembahyang, bertaubat kepada Allah, mengadap Kiblat dan mengangkat kedua tangannya. Memulakan doa dengan pujian bagi Allah dan syukur kepadaNya serta berselawat keatas Nabi s.a.w., berselawat dipertengahan doa dan diakhirknya kemudian diakhirri dengan doa “Amin”. Tidak mengkhususkan doa untuk dirinya sahaja malah hendaklah berdoa untuk orang ramai, mempunyai sangkaan yang baik terhadap Allah dan mengharapkan doanya dimakbulkan, mengaku atas dosa-dosa yang dilakukan dan berdoa dengan suara yang rendah.
Bacaan bacaaan;
Dr Mustafffa al-Bugha, Muhyiddin Misto, al-Wafi, Dar Ibnu Kathir, 1997M, hal. 360.
Mohd Asri Hj Hashim, Syahruzzaman Bistamin, Kharuddin Ghazali, alWafi (terjemahan) , Pustaka Salam, 1998M,Hal. 537.
Dikirim dalam Doa, Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: Doa, Kuliah Ustaz Ya Ali, Syarat Berdoa | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 20 Disember 2011
Kuliah Subuh Pada 18 Dis 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman@ Abdul Rahman
Imam Masjid al-Syakirin
Sambungan: Peristiwa Ketika Malaikat `Izrail Mencabut Nyawa.
Abu Dardak telah berkata; “Tiga perkara membuat aku ketawa dan tiga perkara juga yang membuat aku menangis kerananya; Tiga perkara yang membuat aku ketawa ialah; pertama, orang yang mengangan-angankan dunia dengan kenikmatannya pada hal kematian menantinya, kedua; orang yang lalai terhadap sesuatu yang tidak lalai daripadanya, ketiga, orang yang ketawa pada hal dia tidak tahu apakah Allah reda terahadapnya atau murka kepadanya. Tiga perkara yang membuat aku menangis kerananya ialah; Pertama, berpisah dengan orang yang tercinta iaitu Muhammad s.a.w. dan sahabat-sahabatnya, kedua, ketakutan ketika nyawa dicabut sewaktu sakratul maut (mabuk mati) dan ketika, ketika bertemu dengan Allah Ta`ala ketika diperlihatkan jambatan kemudian tidak ada hamba yang tahu sama ada dia diperintahkan ke syurga atau ke neraka.
Anas bin Malik berkata; “ Mahukah kamu supaya aku ceritakan tentang dua hari dan dua malam yang belum pernah seorang pun mendengarnya: Hari ketika datang berita kepada kamu dari Allah Ta`la sama ada mendapat keredaanNya atau kemurkaanNya, kedua, adalah hari ketika mengadap Tuhanmu lalu dikatakan; “Ambillah kitabmu”, apakah dari kiri atau dari sebelah kanan. Manakala malam pula pertamanya, ketika mayat dibawa masuk kedalam kuburnya dan kedua, malan yang dikuti dengan hari kiamat pada besuknya.
Bab: Kubur Adalah Tempat Pertama Di Alam Akhirat, Menangis Disisi Mayat dan Persiapan Menghadapinya.
Ibnu Majah telah meriwayatkan dari Hani` bin Usman dengan katanya; “ Bahawa Usman r.a. apabila berhenti disebuah perkuburan, dia menangis hingga basah janggutnya, lalu sahabat bertanya kepadanya; “Adakah engkau mengingati syurga dan neraka, janganlah menangis, adakah engkau menangis kerana kubur ini?, lalu dia menjawab dengan katanya;
Ertinya; Rasul Allah s.a.w. telah bersabda; “Sesungguhnya kubur adalah rumah pertama dari rumah diakhirat, siapa yang selamat didalamnya maka apa yang selepasnya lebih mudah baginya, apabila dia tidak selamat dalamnya apa yang selepasnya lebih buruk darinya”. Dalam hadith yang lain Sabda Baginda s.a.w.; “Aku tidak pernah melihat suatu pandangan yang lebih menakutkan dari pandangan didalam kubur”.
Usman Bin Affan pernah membaca satu syair apabila melihat mayat sedang diturunkan kedalam kubur dengan katanya;
Apabila kamu selamat daripadanya maka kamu akan selamat dari yang lebih besar
Tetapi apabila tidak(selamat) maka tidak ada tanda bagimu akan selamat.
Ibnu Majah meriwayatkan dari Anas dari al-Barrak bin `Azib r.a. katanya:
Ertinya: “Kami pernah bersama Rasul Allah s.a.w. ketika mengziarahi kubur, baginda duduk ditepi kubur lalu menangis, sahabatnya tururt menangis hingga basah tanah dengan air mata mereka, lalu Baginda berkata; “ Wahai saudara-saudaraku, memandangkan beginilah keadaan kubur hendaklah kamu persiapkan diri(dengan amalan)”.
Bahan bacaan; al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dar al-Salam, cetakan kedua, tahun 2008, hal. 88
Abd Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Jasmin, hal. 73
Dikirim dalam Hakikat roh, Ingat Mati, Ustaz Ya Ali | Di tag: Kubur, Kuliah Ustaz Ya Ali, Mengingati Mati | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 20 Disember 2011
Dikirim dalam Syiah | Di tag: Ciri Aqidah Syiah, Dr Abdullah Yasin | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 20 Disember 2011
Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 11 Dis 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman @ Abdul Rahman Imam Masjid al-Syakirin
Bab: Perkara yang mengikuti mayat Semasa Pengkebumiannya.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim:
Ertinya: “Ada tiga perkara ikut menghantar mayat kekubur, dua daripadanya akan pulang dan satu yang kekal bersamanya, iaitu keluarga, harta dan amalannya, keluarga dan harta akan pulang manakala amalannya akan tinggal bersamanya”.
Dalam hadith yang lain diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im;
Ertinya; “Ada tujuh perkara yang Allah s.w.t sampaikan pahalanya bagi seorang hamba dalam kubur selepas kematiaannya; Siapa yang mengajarkan ilmu pengetahuan semasa hidupnya, mengalirkan air sungai, menggali perigi, menanam pokok buah-buahan, membina masjid, mewakafkan Mushaf al-Quran atau meninggalkan anak yang akan memohon keampunannya selepas mati”.
Dalam satu hadith disebut anak yang saleh atau anak yang muslim. Dalam hadith yang di- riwayatkan oleh Muhammad bin Yazid al_Qazwani dalam kitab sunannya menyebut:
Ertinya: ”Sedekah yang dikeluarkan sebahagian dari hartanya ketika dia masih sihat”.
Telah berkata Basyar bin Ghalib; aku pernah Nampak Rabi`ah al-`Adawiyah dalam mimpiku, aku sentiasa berdo`a kepadanya, lalu dia berkata kepadaku: “Wahai Basyar hadiahmu sampai kepada kami dalam bekas yang bercahaya, dialaskan dengan kain sutera, beginilah Wahai Basyar setiap do`a kepada rakan mereka yang telah mati akan diperkenankan do`a mereka apabila sesaorang itu berdo`a dengan niatnya untuk disedekah kepada orang yang mati”. Begitulah setiap do`a orang yang beriman akan sampai kepada orang yang telah meninggal dunia, dikatakan kepada orang yang menerima hadiah itu, “Inilah hadiah sipolan untukmu”.
Beberapa orang ulamak telah berbicara sesama mereka, antaranya berkata; “Aku pernah lalu didepan tanah perkuburan yang luas lalu aku pun membaca surah al-Fatihah, surah Ikhlas dan Ta`wwuz masing-masing aku baca sebanyak tiga kali, kemudian aku hadiahkan kepada orang islam yang telah meninggal dunia, kemudian timbul keraguan dalam hatiku dan bertanya diriku sendiri apakah mereka mendapat pahala dari hadiah ku ini, lalu aku tertidur, aku melihat dalam mimpiku cahaya turun kepermukaan bumi, lalu cahaya-cahaya itu masuk kedalam setiap kubur. Kemudian aku mendengar suara berkata, “ Inilah pahala bacaanmu yang kamu hadiahkan kepada mereka”.
Bab: Mengenai Peristiwa Ketika Nyawa Dicabut Oleh Malaikat I`zrail
Telah disebuat dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah katanya; Sabda Nabi s
Ertinya; “Jangan kamu bercita-cita untuk mati kerana kematian itu sangat sakit”.
Ketika Umar bin al-Khattab ditikam, seorang lelaki telah berkata kepadanya; “Wahai Amirul Mukminin aku harap agar jasadmu tidak disentuh oleh api neraka”; Kemudian Umar memandang lelaki tersebut seraya berkata, “Sesungguhnya orang yang engkau tipu telah tertipu, demi Allah andainya aku memiliki segala yang ada dibumi ini, aku akan mengorbankannya demi menghindari pencabutan nyawa yang menakutkan”. Sekian bersambung…
Bahan bacaan;
Abdul Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkirah al-Qurtubi, Terjemahan, Jasmin, hal 70.
Imam al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dar al-Salam. Hal. 87.
Dikirim dalam Hakikat roh, Ingat Mati, Kuliah, Ustaz Ya Ali | Di tag: Kubur, Kuliah Ustaz Ya Ali, Mengingati Mati | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 15 Disember 2011
Kuliah Maghrib Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 27 Nob 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Pengajian al-Hadith; Hukum Membunuh Diri Dalam Islam.
Sabda Nabi s.a.w.
Ertinya: “Ada seorang lelaki sebelum dari kamu telah luka, lalu dia tidak sabar menanggungnya, dia mengambil pisau lalu memotong tangannya maka keluarlah darah tidak berhenti-henti sehingga dia meninggal dunia. Allah Azzawajalla befirman, “Hambu Ku telah bertindak-tergesa-gesa terhadap dirinya maka Aku haramkan kepadanya memasuki syurga”.
Ringkasan Hadith Seorang alim lagi saleh, zahid dan ahli ibadat iaitu al-Hasan al-Basri meriwayatkan dari Jundub bin Abbdullah al-Bajli r.a., beliau menceritakan hadith ini dalam masjid Kufah dengan katanya; “Bahawa Nabi s.a.w. telah menceritakan kepada sahabatnya mengenai seorang lelaki dari umat yang lalu telah luka, dia tidak sabar menanggung kesakitan dan putus asa terhadap rahmat Allah Ta`ala dan kesembuhan dariNya, disamping tidak mengharap keredaan Allah kerana lemah imannya dan kurang keyakinan hatinya terhadap Allah, lalu memotong tangannya, keluarlah darah tidak henti- henti sehingga dia mati. Allah berfirman; “Hambaku ini merasai lambat untuk mendapat rahmat dan kesembuhan dariKu dan tidak mampu menangggung ujianKu, lalu segera bertindak terhadap dirinya dengan melakukan satu jenayah, iaitu membunuh diri, dia menyangka dengan perbuatan demikian untuk memindekkan ajalnya, oleh itu Aku haramkan dirinya untuk memasuki syurga, siapa yang diharamkan masuk kedalam syurga maka tempatnya ialah nereka”. Perbuatan tersebut dimana dia lari dari kesakitan luka badannya kedalam azab neraka, Hukum yang diambil hadith ialah;
“Ya Allah Ya Tuhanku panjangkanlah umurku jika dengan demikian memberi kebaikan kepadaku, dan ambillah nyawaku jika dengan kematian itu adalah lebih baik bagiku”.
2. Dalam hadith ini jelas menyatakan haram membunuh diri, kerana diri kita bukanlah milik kita sendiri malah ianya adalah milik Allah yang menjadikannya, tidak boleh kita menguruskan diri kita menurut kehendak sendiri melainkan menurut ketentuan yang diizinkan oleh Allah seperti mengubatinya ketika sakit, makan ketika lapar dengan sesuatu yang halal dan sebagainya menurut syariat Allah. Perkara ini(bunuh diri) sering berlaku kerana lemah dan sempit fikiran dan lemah imannya terhadap kada kadar Allah Ta`ala. Jika sekiranya wujud imam terhadap Allah Ta`ala dan yakin terhadap ketentuanNya pasti dia akan mengharapkan pahala dan balasan baik ketika diuji dengan musibah, dia takut membunuh diri dengan perbuatan demikian ibarat menempah azab Allah diakhirat kelak, tetapi kebanyakan manusia tidak memahaminya.
3. Maksud “Aku Haramkan keatasnya Syurga” bererti dia kekal dalam kemurkaan Allah sebagaimana pandangan kebanyakan ulamak. Sekian Wallah a`alam.
Bahan bacaan: Ibnu Saleh Ali Bassam, Taisir al-`Allam, Juz 2, Dar Ulilnuha, 1944 , cetakan ke 8, hal:422
Dikirim dalam Ustaz Ya Ali | Di tag: Ibnu Saleh Ali Bassam, Kuliah Ustaz Ya Ali, Taisir al-`Allam | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 14 Disember 2011
Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pad 20 Nov 2011
Oleh
Ustaz Yaali bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Bab: Cara Berlaku Kematian dan Perbedaan Sesama Manusia
Allah Ta`ala telah menyatakan dalam kitab al-Quran secara ringkas dan terperinci, Firman Allah:
32. (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka bersih suci (dari kufur syirik dan maksiat), sambil malaikat itu berkata kepada mereka: “Selamat sejahtera kepada kamu; masuklah ke dalam syurga disebabkan amal baik yang telah kamu kerjakan”. Al Nahl:32.
Dalam Surah al-Sajdah ayat 11 Firman Allah:
11. Katakanlah (Wahai Muhammad); “Nyawa kamu akan diambil oleh Malikil maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)”. Al-Sajdah: 11.
Dalam surah al-An`am ayat 61 firman Allah;
61. dan Dia lah Yang berkuasa atas sekalian hambaNya; dan ia mengutuskan kepada kamu pengawal-pengawal (malaikat yang menjaga dan menulis segala yang kamu lakukan), sehingga apabila sampai ajal maut kepada salah seorang di antara kamu, lalu diambil (nyawanya) oleh utusan-utusan Kami (malaikat); sedang mereka pula (malaikat itu) tidak cuai (dalam menjalankan tugasnya). Al-An`am:61.
Dalam surah al-Nahl ayat 28 Firman Allah:
28. (Iaitu) mereka yang diambil nyawanya oleh malaikat dalam keadaan mereka menganiaya diri sendiri (dengan kekufurannya).” lalu mereka tunduk menyerah (ketika melihat azab sambil berkata): “Kami tiada melakukan sesuatu kejahatan”. (malaikat menjawab): “Bahkan (kamu ada melakukannya); Sesungguhnya Allah maha mengetahui akan apa yang kamu telah kerjakan”. Al-Nahl:28.
Ayat-ayat di atas dikatakan ayat mujmal (ringkas) bererti ianya secara ringkas, ayat-ayat ini akan dijelaskan secara terperinci oleh Rasul Allah s.a.w.
Dan ada ayat-ayat lain yang dinyatakan oleh Allah Ta`ala secara khusus, antaranya Frman Allah:
50. dan (amatlah ngerinya) kalau engkau melihat (Wahai orang yang memandang), ketika malaikat mengambil nyawa orang-orang kafir dengan memukul muka dan belakang mereka (sambil berkata): “Rasalah kamu azab seksa neraka Yang membakar”. Al-Anfal:50.
Dan Firman Allah lagi dalam surat Muhammad ayat 27,;
27. (Kalaulah mereka terlepas sekarang dari bencana kejahatan mereka) maka bagaimanakah (Mereka dapat menolak azab seksa) apabila malaikat mengambil nyawa mereka sambil memukul muka dan punggung mereka. -Muhammad:27.
Ayat-ayat ini menceritakan bagaimana orang kafir ketika kematian mereka dalam peperangan badar. mereka dipukul depan dan belakang, demikian juga keadaannya orang-orang kafir pada hari ini ketika mereka diambil nyawa dipukul depan dan belakang, mereka mati dengan penuh kehinaan.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud;
Telah berkata Ibnu Abas; Ketika orang Islam berada dalam keadaan terdesak dihadapan orang Musyrikin dalam peperangan badar, iba-tiba mereka mendengar bunyi pukulan sesuatu dan juga mereka mendengar suara jeritan kuda, lalu mereka diminta supaya cepat bergerak, ketika itu mereka ternampak orang musyrikin yang jatuh terlentang sedangkan hidung mereka dijerat dengan tali, muka pecah dengan sebab pukulan tersebut, banyak antara mereka yang terjatuh, seorang ansar telah menceritakan kepada Rasul Allah s.a.w. berita tersebut lalu Baginda menjawab; “Memang benar katamu, itu bantuan Allah dari langit kedua, yang membunuh sebanyak tujuh puluh orang dan menawan sebanyak tujuh puluh orang”.
Pasal
Jika diperkatakan; bagaimakah dapat dipahami ayat-ayat dengan makna yang sama, dan bagaimana caranya malikil maut dapat mengambil roh-roh yang begitu banyak dalam waktu yang sama ditimur dan barat?.
Ketahuilah, bahawa kadang-kadang kematian itu dinisbahkan kepada malikil maut, kerana dialah yang langsung mengerjakannya, kadang-kadang dinisbahkan kepada kawan-kawanya (pembantu malikil maut), dan kadang-kadang dinisbahkan kepada Allah s.w.t. seperti firman Allah dalam surah al-Zumar ayat 42,
42. Allah (yang Menguasai segala-galanya), ia mengambil dan memisahkan satu-satu jiwa dari badannya, jiwa orang yang sampai ajalnya semasa matinya, dan jiwa orang yang tidak mati: Dalam masa tidurnya; kemudian ia menahan jiwa orang yang ia tetapkan matinya dan melepaskan balik jiwa yang lain (ke badannya) sehingga sampai ajalnya yang ditentukan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Allah bagi kaum Yang berfikir (untuk memahaminya). – Al-Zumar:42.
Dan Firman Allah lagi dalam surah al-Haj ayat 66;
66. dan Dia lah yang menghidupkan kamu, kemudian ia mematikan kamu, kemudian ia menghidupkan kamu semula. Sesungguhnya manusia sangatlah tidak bersyukur. -al-Haj:66.
Dan dalan ayat 2 Surah al-Mulk;
2. Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat); al-Mulk:2.
Al-Kalbi pernah berkata: Malikil Maut yang mencabut roh dari jasad, lalu memberikannya kepada malaikat rahmat apabila roh itu adalah dari kalangan orang yang beriman, atau kepada malaikat azab jika sekiranya roh itu dari kalangan orang kafir.
Dari khabar yang lain; Semua catatan ajal yang telah dituliskan dimalam Nisfu Sya`ban berada disisi malaikil maut, itulah malam yang diperintahkan segala urusan Allah kepada para malaikat sama ada rezeki, ajal dan lain-ain. Ini adalah pandangan dari Ikrimah dan dan lain-lain.
Yang sebenarnya, Allah telah menentukan segala urusan ini dimalam Ramadzan iaitu dimalam lailatul Qadar, menurut pandangan Qatadah, hasan Mujahid dan lain-lain berdasarkan firman Allah dalam surah al-Dukhan ayat 1 hingga ayat 3.
1. Haa, Miim.
2. Demi Al-Quran Kitab Yang menerangkan kebenaran.
3. Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat; (Kami berbuat demikian) kerana Sesungguhnya Kami sentiasa memberi peringatan dan amaran (jangan hamba-hamba Kami ditimpa azab). Al-Dukhan:1-3.
Yang dimaksudkan lailatul Mubarakah iaitu malam Lailatul Qadar. Menurut pandangan Ibnu Abbas; sesungguhnya Allah menentukan segala urusan dimalam Nisfu Sya`ban kemudian menyerahkan kepada petugas-petugasnNya dimalam Lailatul Qadar. Sekian wallahu `Alam.
Bahan bacaan:
al-Qurtubi, al-Tazkirah, Dal-Assalam, cetakan kedua 2008, Kahirah, hal.65.
Dikirim dalam Hakikat roh, Ingat Mati, Ustaz Ya Ali | Di tag: Kuliah Ustaz Ya Ali, Tazkirah Al Qurtubi | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 1 Disember 2011
Kuliah Subuh Masjid al-Syakirin Oran Mata Ayer Perlis pada 13 Mov 2011
Oleh
Ustaz Ya`ali Bin Dahaman Imam Masjid al-Syakirin
Tajuk: Ke Mana Perginya Roh Setelah Keluar Dari Badannya.
Diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Na`im bahawa apabila malaikat mengambil roh sesaorang dia akan membawa hingga bertemu dengan Allah Azzawajalla. Jika roh itu termasuk daripada orang yang baik dan beriman ia mendapat kebahgiaan, Allah akan berfirman kepada Malaikat. “Bawalah dia dan perlihatkan tempatnya di dalam syurga”. Malaikat akan membawanya ke dalam syurga. Aapabila jasadnya dimandi dan dikapankan akan diletak bersama dengan jasadnya, ketika jasadnya diusung ia boleh mendengar suara orang yang berbicara tentang dirinya sama ada baik atau buruk.
Apabila disembahyang dan dikuburkan, pada masa itu roh akan dikembalikan ke jasadnya untuk disoalkan oleh dua orang malaikat yang ditugaskan untuk menyoal orang mati, dan seterusnya akan memberitahu tempatnya selepas itu berdasarkan baik buruk amalannya.
Amru bin Dinar pernah berkata; “Setiap roh orang yang mati berada ditangan malaikat, ia boleh melihat jasadnya ketika dimandikan, dikapankan, bagaimana jasadnya diusung dan dimasukkan ke dalam kubur. Dalam riwayat lain ditambah; dan dikatakan kepadanya Ketika berada diatas katilnya, “dengarlah percakapan orang-orang yang berbicara tentang dirimu sama ada baik atau buruk”.
Dalam satu riwayat lain dikatakan; Seorang bermimpi bertemu dengan Muhammad bin Nabatah setelah dia meningal dunia dan bertanya; “Apakah yang dilakukan oleh Allah keatas kamu”, ia menjawab ; “Allah menempatkan aku didepanNya dan bertanya kepadaku; “Kamu adalah orang yang membenarkan kata-kata mu semasa hidup didunia, sehingga orang memujimu”, lalu aku berkata; “maha suci Engkau Ya Allah dan seterusnya aku mengajar mereka tentang sifat-sifat Mu Yang Mulia dan mengajar mereka tentang ilmu tauhid”.
Lalu Allah berkata kepadaku; “Katakanlah seperti yang kamu katakan semasa di dunia”, aku pun berkata; “Dia, Allah s.w.t. akan menghancurkan manusia sebagaimanaDia menciptakannya, Dia akan menjadikan manusia tidak bercakap sebagaiman Dia membuat manusia bercakap, Dia menciptakan manusia sepertimana sebelum ini manusia tidak ada, Dia akan mengumpulkan manusia sebagaimana Dia memisahkannya”, lalu Allah s.w.t. berkata; “Kamu benar, pergilah! Aku telah mengampunimu”.
Begitu juga dengan kata Mansur bin Imar, seorang bermimpi bertemu dengannya setelah meninggal dunia lalu dia pun bertanya; “Apakah yang Allah lakukan kepadamu?”, ia menjawab: “Allah s.w.t. telah menempatkan aku didepanNya, lalu berkata; “ Dengan apa yang kamu datang kepadaKu wahai Mansur?”, aku pun menjawab: “Dengan tigapuluh enam hujjah (alasan). Jawab Allah; “Aku tidak terima walau pun satu hujjah”. Kemudian Allah bertanya lagi; “Dengan apa yang kamu datang bertemu dengan Aku wahai Mansur?”. Dengan tiga ratus enam puluh kali khatam al-Quran al-Karim”. Allah berkata lagi; “Aku tidak menerima satu pun dari khatammu itu”, lalu Dia bertanya lagi; “Dengan apa kamu datang bertemuKu wahai Mansur?”, aku menjawab, “ “Aku datang kepadaMu dengan Mu Ya Allah”. Maka Allah s.w.t. pun menjawab” Mahasuci Allah, sekarang baru kau datang disisiKu, pergilah, Aku telah mengampunimu”. Sekian wallah `alam.
Bahan bacaan, Abd Wahab al-Sya`rani, Ringkasan Tazkiran al-Qurtubi, Jasmin, cetakan pertama 2008, Hal. 50
Dikirim dalam Hakikat roh, Ingat Mati, Ustaz Ya Ali | Di tag: Tazkirah Al Qurtubi, Ustaz Ya`ali Bin Dahaman | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 30 November 2011
Alhamdulillah di siarkan ceramah Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman mengenai Sejarah Perjalanan Haji Rasulullah saw dari Madinah sampai balik Madinah secara ringkas ……
Dikirim dalam Haji | Di tag: dr abu anas madani, Dr. Abdul Basit Bin Haji Abdul Rahman, rehlah haji | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 15 November 2011
Dikirim dalam Sejarah, Sejarah Khalifah, Sirah Sahabat | Di tag: Khalifah Umar | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 15 November 2011
Masjid As Syakirin 12 November 2011 .
Pusat Akses Internet Komuniti Masjid As Syakirin dengan kerjasam ITU-UUM (International Telecommunication Union – Universiti Utaara Malaysia) dan Sekolah Kebangsaan Oran telah menjalankan satu sesi taklimat bagi portal e-pembelajaran. Sesi ini bemula pukul 10 pagi hingga 1 tengahari
Sesi taklimat ini adalah dibawah projek Pemindahan Ilmu yang bertajuk ” E-Learning Platform Based on An Intelligent User-Centric Model For The Rural Community” yang dijalankan oleh ITU-UUM bersama Kementerian Pengajian Tinggi dan Syarikat I-Sys Sdn. Bhd.Objektif projek ini adalah bagi memindahkan ilmu di antara pihak industri dan akademia dengan menggunakan platform e-pembelajaran untuk kebaikan komuniti luar bandar.
Sesi taklimat berkenaan portal e-pembelajaran ini dibuat kepada waris/komuniti & pelajar tahun 5 . Seramai 23 orang pelajar beersama warisnya telah hadir mendengar taklimat ini. Semua pelajar adalah dari Sekolah Kebangsaan Oran.
Dikirim dalam E-Learning | Di tag: ITU-UUM | Leave a Comment »
Posted by aburedza di 9 November 2011

Masjid menyediakan WiFi percuma kepada anak kariah. Gambar menunjukkan wakaf yang disediakan sebagai kemudahan melayari internet.
Dikirim dalam Internet Percuma | Di tag: wifi | Leave a Comment »