Tafsir Surah Taha ayat 1 hingga ayat 8.

KULIAH MAGHRIB MASJID AL-SYAKIRIN ORAN MATA AYER PERLIS PADA 7 JAN 2014

Oleh

Ustaz Yaali Bin Dahaman Imam 1 Masjid al-Syakirin

kuliah ust ya ali

Kuliah Tafsir:

Firman Allah Ta`ala:

 TAHA 1_8

Maksudnya

1. Taa’ Haa.

2. Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai Muhammad) supaya Engkau menanggung kesusahan.

3. hanya untuk menjadi peringatan bagi orang-orang    yang takut melanggar perintah Allah

4. (Al-Quran) diturunkan dari (Tuhan) Yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.

5. Iaitu (Allah) Ar-Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.

6. Dia lah jua Yang memiliki segala yang ada di langit dan yang ada di bumi serta yang ada di antara keduanya dan juga yang ada di bawah tanah basah di perut bumi.

7. Dan jika engkau menyaringkan suara dengan doa permohonanmu, (maka yang demikian tidaklah perlu), kerana sesungguhnya Allah mengetahui segala rahsia dan segala yang tersembunyi.

8. Allah! tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Dia, bagiNyalah segala nama yang baik.

Surah Taha ayat 1 hingga ayat 8.

 

 

Huraian Ayat;

Allah Ta`ala memberitahu bahawa Dia tidak menurunkan al-Quran kepada Rasulnya Nabi Muhammad s.a.w. untuk menyusahkan umat, malah Allah turunkan al-Quran untuk menjadi peringatan kepada orang yang tekut kepada Allah agar jangan melanggar perintahNya,  al-Quran juga merupakan himpunan ilmu pengetahuan bagi umat manusia. Menurut al-Dhahhak; Sebaik sahaja Allah turunkan al-Quran kepada Rasul Nya lalu dikatakan oleh orang kafir Quraisy; “Allah  turunkan al-Quran kepada Muhammad  untuk menyusahkan”. Dengan itu turunlah ayat yang bermaksud; “Tidak Kami turunkan al-Quran keatas engkau wahai Muhammad untuk menyusahkan melainkan sebagai peringatan kepada mereka yang takut kepada Allah”.

Aya-ayat ini juga merupakan bantahan terhadap ucapan orang –orang musyrikin quraisy yang berkata; “Tidak diturunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad melainkan untuk menjadikan susah dan sengsara kepada manusia”, lalu turunlah ayat ini untuk menjadi penegsaan bahawa Allah menurunkan al-Quran untuk menjadi peringatan,  tanda rahmat dari Allah sebagai cahaya dan penunjuk kejalan yang boleh menuju ke syuraga.

Dalam ayat-ayat berikut Allah Ta`ala menyatakan Dialah Yang menurunkan al-Quran kepada Nabi Muhammad  s.a.w. menerusi Malaikat Jibril , kerana Allah merahmati terhadap hambaNya untuk menjadi peringatan hukum tentang halal dan haramnya, Dialah juga yang menjadikan bumi dan langit, kemudian bersemayam di atas Arasy, mengenai kalimah Arasy menurut pemahaman ulamak salaf yang selamat dari takwil yang berabagai hendaklah kita akur sahaja dengan apa yang dibawa  oleh al-Quran dan al-Sunnah tanpa mengandai bagaimana, tidak merubahnya, tidak menyebut sesuatu sebagai sesuatu yang sama (tasybeh), tidak meninggal sahaja tanpa ingin memahaminya, dan menyamakan dengan sesuatu. Dia juga Allah yang menguasai apa yang ada dilangit dan dibumi dan antara keduanya dan  yang ada dibawah permukaan bumi, semuanya  adalah milik Allah dibawah kekuasaanNya, itulah Allah yang tiada Tuhan selain dariNya.

Allah mengetahui apa yang dirahsiakan oleh manusia, dan Allah juga mengetahui apa yang tersembunyi  iaitu apa yang yang akan terjadi sedang makhluq tidak mengetahuinya, Dialah yang menetapkan segala sesuatu. Allah Ta`ala juga tahu apa yang ada didalam dada manusia sama ada yang diucapkannya atau tidak, inilah Dia Allah Ta`ala yang amat mengetahui segala rahsia yang  tersembunyi, dan Dialah Allah Ta`ala yang mempunyai nama al-Husna (nama-nama terbaik).

 والله أعلم

Bahan Bacaan: Muhammad Ali al-Sabuni, Mukhtasar Tafsir Ibnu Kathir,  jil 2, Dar al-Sabuni, Kaherah, t.t., hal. 470

Terjemahan Tafsir Mukhtasar Ibnu Kathir , H. Salim Bahreisy & H. Said Bareisy, Jil 5, Victory Agencie, Kl, 1994, hal 236.

Tinggalkan komen