As Syakirin Menerima Tetamu Rombongan Dari Kampung Batu Muda

As Syakirin 11 Julai 2009.

Taklimat Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman ,Imam Masjid As Syakirin

Taklimat Oleh Ustaz Ya Ali Dahaman ,Imam Masjid As Syakirin

Masjid As Syakirin dengan sukacita menerima tetamu dari Jamaah Masjid dan Surau Kampung Batu Muda Kuala Lumpur. Rombongan yang sampai sekitar jam 7.30 pagi terus bersarapan pagi sebelum mendengar taklimat Masjid As Syakirin.

Rombongan di ketuai oleh Tuan Hj Mansor Bin Manap terdiri daripada 80 orang jamaah dalam rangka lawatan ke Perlis dan Langkawi. Kampung Batu Muda adalah sebuah kampung Melayu di Wilayah Persekutuan, terletak di utara Kuala Lumpur, di Jalan Ipoh tidak jauh dari Batu Cave.

En. Yahaya bin Osman , Pengerusi GDW Kg Batu Muda  adalah kelahiran Perlis , malahan ramai keluarganya  tinggal di kariah Masjid Oran.

Selepas bersarapan pagi, rombongan di beri taklimat aktiviti Masjid As Syakirin oleh Tuan Imam Ustaz Ya Ali bin Dahaman. Rombongan kemudian bertolah ke Pusat Pertanian Bukit Bintang untuk melihat tanaman anggor Perlis, sebelum bertolak ke Langkawi.

Semuga hubungan silatulrahim diantara dua jamaah masjid ini akan berterusan.

Gambar Kenangan

Gambar Kenangan